Showing posts with label Keratan Akhbar. Show all posts
Showing posts with label Keratan Akhbar. Show all posts

11 February 2014

Janda Dirogol Kerana Tolak Cinta Rakan Sekampung


Seorang ibu tunggal yang menolak cinta jiran sekampungnya hidup dalam keadaan trauma selepas dirogol lelaki itu semasa dalam perjalanan ke kebun getah di Kampung Menteri, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Supritendan Zakaria Yusof berkata, dalam kejadian pada kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa dalam perjalanan ke kebun getahnya yang terletak kira-kira 700 meter daripada rumahnya dengan menaiki motosikal.

04 February 2014

Remaja Culik Dan Rogol Wanita Cacat Dalam Stor


SABAK BERNAM – Seorang pengawal keselamatan sanggup menculik seorang wanita orang kurang upaya (OKU) dan merogolnya di stor bangunan sebuah sekolah di daerah ini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, suspek berusia 23 tahun dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu selepas menculik mangsa, 33, di rumahnya di Sungai Nibong, Sekinchan.

30 January 2014

Lelaki Di Dakwa Cuba Bakar Janda

MOHD Afizi cubaan membunuh seorang janda dan dua anak perempuan dengan membakar mangsa di Setapak, 21 Januari lalu.
Kuala Lumpur: Seorang mekanik di sebuah kedai basikal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tiga pertuduhan masing-masing cubaan membunuh seorang janda dan dua anak perempuan wanita itu dengan membakar mangsa di Perumahan Awam, Desa Rejang, Setapak, minggu lalu.

Tertuduh, Mohd Afizi Abdul Rahman, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bache.

29 January 2014

Bangsa Melayu Perlu Di Kritik


Kritikan pedas angkat martabat bangsa Melayu

Abdullah Munsyi lantang persoal amalan karut halang kemajuan

Tahun ini genaplah 160 tahun Abdullah Munsyi meninggal dunia. Beliau dilahirkan di Melaka pada 1796 dan meninggal dunia di Jeddah pada Oktober 1854 ketika usia 58 tahun. Pada masa itu Jeddah di bawah pemerintahan kerajaan Uthmaniah. Jasadnya sudah tiada, tetapi karya yang diulang cetak membolehkan kita terus membaca tulisan tokoh berjasa dan kontroversi ini.

28 January 2014

Bas Terbakar, 34 Penumpang Nyaris Maut


Telupid: Seramai 32 penumpang dan dua pemandu sebuah bas ekspres terselamat selepas sempat keluar apabila kenderaan berkenaan terbakar dalam kejadian di Jalan Telupid, dekat sini, kira-kira jam 1 petang tadi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...