Caracas: Bekas Ratu Venezuela, Monica Spear, 29, dan suaminya seorang warga Britain, Thomas Henry Berry, 39, ditembak mati di dalam kejadian rompakan di sebatang lebuh raya di barat laut negara itu lewat malam kelmarin, kata polis.
Laporan menyatakan pasangan itu dirompak sebelum dibunuh selepas kereta yang mereka naiki mengalami kerosakan. Anak perempuan mereka, Maya Berry Spear yang berusia lima tahun cedera di kaki kanan, namun stabil selepas menerima rawatan.
