Showing posts with label Negeri Sembilan. Show all posts
Showing posts with label Negeri Sembilan. Show all posts

29 August 2013

Universiti Al-Azhar Ke Malaysia





Malaysia bakal mencipta sejarah dunia apabila Universiti Al-Azhar, Mesir memilih untuk membuka cawangan pertamanya di negara ini. Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, cawangan Universiti Al-Azhar itu akan memulakan operasinya di kampus sementara dekat Nilai, Negeri Sembilan pada September tahun depan.

Katanya, kampus tetap akan dibina di Seri Menanti juga di Negeri Sembilan dan bakal dikenali sebagai Universiti Al-Azhar Kampus Tuanku Muhriz. Menurutnya, pemilihan Malaysia itu merupakan pengiktirafan terhadap sistem pemerintahan dan kepimpinan negara yang mengamalkan konsep wasatiyyah (kesederhanaan) dalam pentadbiran.

25 August 2013

Yang Bertanding MT UMNO, Perlu Ada Sifat Malu




Mereka yang mahu bertanding jawatan majlis tertinggi dalam pemilihan Umno akan datang seharusnya mempunyai sifat malu serta tanggungjawab dalam memegang jawatan berkenaan. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, sebagai pemimpin, perasaan malu terhadap jawatan yang dipegang adalah penting dan sekiranya terdapat individu lain lebih baik dari mereka, dan haruslah memberi laluan.

“Bagi saya, sama ada saya bertanding atau pertahankan jawatan tak penting. Tapi bagaimana kita mahu kembalikan kegemilangan Umno. Saya lebih minat melihat yang bertanding ini melakukan transformasi bagi mengembalikan semula kegemilangan parti," katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Parlimen Tampin di Padang Futsal Tampin, di sini, semalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...