Gara-gara
membenarkan sekumpulan pelanggan datang dan makan di restoran mereka sambil
berbogel, sebuah restoran di Kanazawa City, Jepun ditutup kerana membiarkan
perlakuan aneh berlaku di tempat awam. Kejadian itu berlaku di sebuah restoran
yang menyediakan menu makanan China, Gyoza No Osho (King Of Gyoza).
Pada
masa kejadian, sekumpulan 10 orang pelanggan lelaki datang ke restoran itu
dengan sengaja dan makan dalam keadaan bogel. Yang peliknya, pihak pengurusan
restoran tidak pun menghalang mereka tetapi terus membiarkan mereka makan di
restoran itu.
