Showing posts with label Polis Diraja Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Polis Diraja Malaysia. Show all posts

19 February 2014

@PDRMsia Gambar Penyokong Kedah Buat Kecoh Sebab Kalah Bola @MukhrizMahathir @MukhrizOfficial


ALOR SETAR 18 Februari 2014 – Polis DiRaja Malaysia berjaya menyuraikan segelintir penyokong Kedah yang berang dengan keputusan pengadil semasa perlawanan di antara Kedah vs Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Darul Aman Alor Setar sebentar tadi. JDT menang dengan keputusan 2-0 dan layak ke peringkat separuh akhir Piala FA dengan argegat 5-1.

25 August 2013

Ops Besar-Besaran Banteras Pati




Awang menyambut baik pengumuman Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa kementeriannya akan melakukan operasi bersepadu besar-besaran untuk menangkap pendatang asing yang bekerja tanpa permit di seluruh negara bermula bulan depan.

Awang berpendapat sudah sampai masanya sekali lagi pihak berkuasa - Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi penguatkuasaan yang berkaitan melancarkan operasi serupa itu memandangkan masalah tersebut masih nyata.

Ramai PATI bekerja tanpa permit di dalam sektor peladangan, perniagaan, pembinaan dan perkhidmatan. Jika kita tidak membanteras pekerja asing yang bekerja tanpa permit ini, bermakna kita seolah-olah menggalakkan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Jabatan Imigresen sebelum ini pun menyatakan hampir 400,000 PATI yang kebanyakannya bekerja di sektor perkhidmatan, pembinaan dan perladangan akan diburu habis-habisan dalam operasi berskala besar selepas perayaan Aidilfitri ini, dengan tumpuan kepada Kuala Lumpur, Selangor serta Pulau Pinang.

Sedar atau tidak, kehadiran PATI yang umumnya kerana mencari pekerjaan di negara kita, akan mendedahkan mereka kepada amalan penggajian pekerja yang tidak sihat. Status mereka itu membuka ruang kepada majikan untuk menindas atau tidak memberi layanan yang setimpal. Biarlah negara kita dikenali sebagai negara yang menawarkan pekerjaan kepada warga asing yang masuk secara sah dan kebajikan mereka pula diambil berat.

Ancaman lain apabila kita membiarkan PATI menyusup ke negara kita ialah betapa rakyat kita terdedah kepada pelbagai kemungkinan penyakit berjangkit yang dibawa masuk oleh golongan itu. Justeru bersama-samalah menjadi mata dan telinga pihak berkuasa supaya operasi besar-besaran ini membuahkan hasil seperti diharapkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...