Tanda Putera merupakan satu filem
sejarah yang perlu dihargai oleh setiap pihak. Namun begitu ada sesetengah
pihak yang menyifatkan Tanda Putera sebuah analogi politik bagi sesuatu parti.
Sedangkan apa yang dipaparkan oleh filem itu hanyalah persahabatan akrab dua
pemimpin lagenda Malaysia, Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail.
Hanya yang menjadi kontroversi
adalah tragedi rusuhan 13 Mei 1969 yang dijadikan latar belakang kepada filem
tersebut. Pengarahnya Datuk Shuhaimi Baba telah menyatakan bahawa filem yang
dihasilkan oleh beliau bukanlah berniat atau berunsur politik. Ia hanyalah
sebuah filem yang digarap dari sejarah Malaysia berdasarkan fakta sebenar.
Ketakutan sesetengah pihak dengan filem ini adalah tidak berasas.
