KUALA LUMPUR: Enam maut apabila kereta jenis Nissan Skyline terbakar selepas terbabit dalam satu kemalangan yang berlaku di bulatan Kampung Pandan di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.42 tengah malam itu, kenderaan dinaiki mangsa terdiri daripada seorang lelaki dan lima perempuan berusia lingkungan 20-an itu terbabas sebelum melanggar bahu jalan dan terbakar.
