Showing posts with label Siasatan Polis. Show all posts
Showing posts with label Siasatan Polis. Show all posts

09 September 2013

Isu Tunjuk ANU : Adi Putra Akui Tertekan @ADPadiputra



Siapa yang tidak tertekan apabila dikaitkan mempunyai skandal dengan isteri orang, dan itulah yang dialami oleh pelakon popular, Adi Putra. Namun sokongan isteri tercinta, Aida Yusof dan rakan-rakan menguatkan lagi semangat pelakon filem KL Gangster 2 itu.

"Mana-mana manusia pun pasti tertekan. Di sebelah sekarang ini adalah isteri saya, keluarga dan rakan-rakan yang buat saya rasa tidak tertekan.

"Ini kerana sudah menjadi lumrah anak seni untuk dibual bicarakan. Kalau saya bukan dalam dunia selebriti orang tidak akan ambil berat tentang saya,” katanya.

06 September 2013

Tunjuk Gambar 'ANU' : Adi Putra Bakal Di Penjara 5 Tahun? @ADPadiputra






Pelakon popular tanah air bakal berdepan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika siasatan mendapati dia bersalah terhadap dakwaan menghantar gambar alat sulitnya melalui aplikasi Whats App Mesengger (WhatsApp) kepada seorang wanita berstatus isteri orang. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) Asissten Komisioner Ruslan Hassan berkata siasatan kes itu mengikut seksyen 509. Kanun Keseksaan.

“Setakat ini siasatan masih dijalankan dan kertas siasatan juga masih belum dihantar kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya”, katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...