![]() |
| Kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan. |
Seorang
suri rumah bersama anak lelakinya ditahan polis selepas dipercayai mengedar 993
pil disyaki dadah di sebuah rumah di Jalan RPT Sungai Terah, Gua Musang,
kelmarin. Wanita berusia 39 tahun dan anaknya, yang juga pelajar tingkatan tiga
itu ditahan dalam serbuan Ops Cantas Khas oleh Bahagian Siasatan Jenayah
Narkotik Gua Musang pada jam 7.50 malam, 7 September lalu.
Ketua
Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, anggota serbuan masuk ke
rumah selepas pintu dibuka suspek utama dan menjumpai dadah itu di bahagian
dapur rumah berkenaan.
