Showing posts with label Syamsul Merajuk. Show all posts
Showing posts with label Syamsul Merajuk. Show all posts

17 October 2013

#LuMemangTailongBesar @SyamsulYusof84 Istihar Perang Dengan @sharifahamani




Lama menunggu Syamsul membuka mulut mengenai pelbagai isu yang membabitkan namanya. Antaranya, dia dikatakan merajuk kerana isu kebocoran filem KL Gangster 2, tak hadir ke majlis pratonton filem itu termasuk isu bengang bila filemnya itu dikritik.

Terbaharu, paras bengang Syamsul juga memuncak terhadap pelakon Sharifah Amani (Nani) apabila dikatakan mempertikai klasifikasi filem yang diperolehi oleh KL Gangster 2 di laman sosial Twitter. Isu timbul kerana filem lakonan Nani berjudul Psiko Pencuri Hati diklasifikasikan di bawah kelas PG18 sementara KL Gangster 2 pula PG13.

Tak puas hati, Syamsul bertindak membidas Nani juga di laman yang sama sehingga orang menganggap berlakunya perang besar antara kedua-dua anak seni itu. Pancaindera mendapatkan Syamsul untuk menjelaskan situasi sebenar. Ikuti luahan hati anak Yusof Haslam ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...