Aiman Hakim Redza menepis gosip terbaharu
kononnya dia dikongkong oleh Nur Fathia Abdul Latiff, 25, apabila wanita itu
dikatakan sering mengganggunya di lokasi penggambaran gara-gara cemburu. Aiman,
23, berkata, sejak digosipkan bercinta, dia hanya berlakon dalam sebuah
telefilem yang juga dibintangi oleh pelakon wanita itu.
"Saya tidak tahu daripada mana berita
ini timbul kerana setahu saya, sebelum bulan Ramadan lalu hanya satu telefilem
yang saya berlakon berjudul Jodoh Jodoh untuk TV9 yang melibatkan kami digandingkan
bersama.
