Pernah timbul khabar
angin mengatakan penyanyi baharu yang kini bernaung di bawah syarikat rakaman
Mixology Music, Waris sudah semakin besar kepala dan kurang berdisiplin. Dakwaan
itu timbul ekoran tindakan Waris atau nama sebenarnya, Muzammil Alias, 24,
menolak pelawaan untuk penggambaran fotografi selain sukar memberikan kerjasama
untuk sesi temu bual dengan beberapa buah akhbar tempatan.
Waris yang mula
popular dengan lagu rap Rembau Most Wanted sekitar awal tahun ini, kini muncul
dengan single terbaharu, Botingkek. Jom baca temu bual dan maklum balasnya berhubung
isu ini.
