Pasti ramai yang akan tergelak besar atau sekurang-kurangnya tersenyum
sinis apabila membaca kenyataan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang mengenai
kerajaan Arab Saudi yang dikatakan telah menjadi ‘alat’ kepada Amerika Syarikat dan negara Eropah untuk menjaga
kepentingan Israel di Timur Tengah.
Tawa dan senyum itu bukan untuk menolak kenyataan tersebut, namun
disebabkan kerana Hadi hanya mampu melihat dari satu sudut sahaja. Dalam erti
kata mudah, dia hanya mampu melihat kuman yang berada di seberang laut
berbanding ‘bangkai’ gajah yang berada di depan mata.
