Showing posts with label tikam ibu. Show all posts
Showing posts with label tikam ibu. Show all posts

01 September 2013

Seorang Ibu Nyaris Ditikam Anak Sendiri Kerana RM70




Gara-gara gagal memberikan RM70 sepertimana dikehendaki anak lelakinya berusia 20-an, seorang ibu berusia 41 tahun nyaris ditikam dengan pisau selain ahli keluarga lain turut diugut untuk dicederakan. Suspek bagaimanapun ditahan penduduk sebelum diserahkan kepada polis dan ketika ditahan, suspek bertindak agresif bagaimanapun dinasihatkan supaya mengikut arahan diberikan polis kepadanya.

Ibu suspek yang bimbang keselamatan ahli keluarga lain kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Kulim kira-kira jam 7 petang kelmarin. Menurut mangsa, suspek selalu mengamuk di rumah dan akan meminta wang dari mangsa atau adik-beradik yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...