Seketika dahulu, rakyat Selangor telah mendapat bonus hasil dari undi yang di berikan kepada Pakatan Rakyat (PR) memerintah negeri itu. Seperti yang kita semua sedia maklum, bonus yang dimaksudkan bukanlah berupa wang ringgit seperti yang diberikan oleh kerajaan persekutuan. Bonus yang dimaksudkan ialah kandang babi yang terbesar di dalam sejarah kewujudan negara.
Terbaru, kerajaan Perak pula mengambil pendekatan yang hampir serupa dengan memberikan bonus kepada pengundi yang telah memberi mandat kepada mereka. Iaitu dengan menganugerahkan tanah seluar 400 hektar kepada sekolah persendirian Cina.
Penulis bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh Datuk Dr. Dzulkarnain Abdul Rahman ketika mengulas isu ini. Ini kerana menurut beliau pemberian tanah itu kepada sekolah persendirian cina itu kerana kerajaan Perak pimpinan PR tidak memahami sistem pelajaran kebangsaan yang ingin memperkasa sekolah kebangsaan bagi mewujudkan bangsa Malaysia berpadu.
Pihak Pas, sekutu Pakatan Rakyat tidak menyedari apabila mereka rancangkan sesuatu itu sudah bercanggah dengan konsep Islam yang mereka jaja ke sana sini.
Kini mereka pula yang mewujudkan asyabiah pendidikan negara. Baliklah ke pangkal jalan, perjuangkan Islam sebagaimana diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w bukan sekadar bermain politik ingin berkuasa sahaja.
Cara yang diterapkan ini adalah usaha penjajah baru yang berusaha untuk memecahbelahkan rakyat dan kemudian dapat memerintah. Hakikat ini harus disedari oleh semua rakyat yang cintakan negara ini.
Oleh itu, sokongan kepada pihak berkenaan adalah usaha sokong membawa rebah kepada bangsa, agama dan negara.
Usaha Kerajaan Perak ini juga akan melebarkan sikap perkauman dan bertentangan dengan dasar ekonomi baru yang dirancangkan iaitu merapat ekonomi, pendidikan, sosial antara kaum.
Ingatlah Islam dan Melayu telah dijajah lebih 400 tahun sejak Melaka ditawan Portugis pada tahun 1511 manakala pemulihan kedudukan Melayu/bumiputera telah dilaksana menerusi dasar yang jelas mulai tahun 1971 tetapi kini usaha Pakatan Rakyat pula menghapuskan dasar itu kembali ke dasar penjajahan.
Inilah yang boleh dikaitkan dengan nasib golongan majoriti Melayu yang mula dipinggirkan di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak.Masa dijajah dahulu kita merempat; kekayaan dibolot oleh penjajah dan konco-konconya. Kini, inginkah kita balik ke zaman penjajahan British dahulu yang ketika itu hanya makan pagi kais pagi, makan petang kais petang; dan sekolah hanya sekolah atap.
Rakyat Melayu di negeri Perak sepatutnya mula sedar akan kesilapan yang dilakukan apabila menyerahkan kerajaan negeri kepada mereka yang pernah bergelar pembangkang ini. Setelah berkurun lama pemimpin terdahulu cuba menentang penjajah kerana cuba menafikan hak ketuanan orang Melayu.
Ternyata semangat perjuangan Dato Maharajela suatu ketika dahulu gagal diserap dan difahami oleh generasi muda di negeri Perak. Natijahnya tanah kerajaan telah diberikan kepada sekolah persendirian cina.
1 comment:
semuanya belajar dari Kelantan. di Kelantan pengundi cina dan india diberi banyak istimewa. mereka akan undi PAS sebab kalau undi BN, UMNO tolong melayu saja. Kelantan ada penghulu cina dan india tanpa mukim... duit zakat katanya pun untuk bukan islam yang miskin. lihatlah keadilan islam kata mereka.lagipun BN benarkan cina dan india bukan lokal kaut harta. inilah geraksaraf mereka. mereka tak penting kuasa melayu dll sebab nak berkuasa maka bagilah gula2.
Post a Comment