05 September 2008

ANWAR BAKAL MENJADI PM KE-6..????



Penulis baru sahaja pulang bertarawih apabila telefon berbunyi menandakan ada SMS yang dihantar. Terkejut seketika apabila kandungan SMS yang diterima menceritakan mengenai rentetan rampasan kuasa yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat (PR)

Berikut adalah kandungan SMS yang diterima :

5 September – Parti komponen BN (Barisan Nasional) dari Sabah dan Sarawak istihar keluar dari BN.

6 September – Semua parti komponen BN dari Semenanjung keluar BN kecuali MCA dan MIC.

7 September – 10 ahli parlimen BN umu pindah kerusi parlimen ke Pakatan Rakyat.

8 September – 5 Menteri BN letak jawatan.

9 September – Sidang tergempar parlimen di panggil.

10 September – Perdana Menteri umum meletakkan jawatan.

12 September Sidang tergempar usul Anwar membentuk kerajaan 'caretaker'.

15 September – Anwar istiharkan bentuk pakatan sebagai kerajaan 'caretaker' secara langsung di TV1, TV2 dan TV3, Bernama TV,dan Astro Awani.

15 September – Anwar menghadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di pertuan Agong memohon restu.

16 September – Anwar akan mengangkat sumpah sumpah sebagai Perdana Menteri.

Sekiranya di teliti kandungan SMS tersebut, ia seolah-olah rancangan Anwar untuk membentuk kerajaan pada 16 Sepmtember bakal menjadi kenyataan. Susunan yang di atur seolah-olah benar dan ada kekuatan.

Tetapi apa yang bakal berlaku adalah sebaliknya. Penulis secara peribadi merasakan ia merupakan satu 'cywar' untuk 'reverse sykology' dan merupakan satu helah yang paling busuk. Namun seperti yang kita sedia maklum itu memang cara dan pendekatan Anwar.

Bukankah Anwar memang terkenal dengan pendekatan jalan belakang. Dulu Sukma, Dr. Munawar, Azizan telah dijahanamkan dengan 'jalan belakang'. Kemudian Saiful pula ternoda juga dengan 'jalan belakang' dan kini dia cuba pula untuk menguna jalan belakang untuk merampas kerajaan yang dipilih rakyat.

Dia akan menguna seribu muslihat dan helah untuk membuatkan orang percaya akan berlakunya peralihan kerajaan pada 16 September ini. Dan di masa yang sama rakyat akan terlupa akan pelakuan hina yang dilakukan terhadap Saiful.

Maka isu sumpah akan dilupakan sedikit demi sedikit dan rakyat akan mula tertumpu kepada isu peralihan kuasa ini. Apa yang rakyat tidak tahu, isu peralihan kuasa ini hanyalah retorik semata-mata dan angan-angan kosong Anwar untuk menjadi Perdana Menteri

Tetapi isu SMS itu tidak berakhir begitu sahaja, sebaik membaca kandungan SMS itu, penulis bingkas membuka internet untuk melihat pandangan dan komen penyokong kerajaan mengenai isu ini.

Apa yang penulis temui lebih menakutkan, apabila membaca komen yang terdapatnya ura-ura untuk melantik Lim Kiat Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya perancangan Anwar untuk mengambil alih kerajaan berjaya kelak.

Sekiranya benarlah apa yang dikatakan ini, penyokong Pakatan Rakyat seharusnya sedar dengan kemenangan Anwar, kuasa Melayu sedikit demi sedikit telah ditarik. Ternyata Malaysia yang bakal dicorakkan nanti akan menghakis dan menolak ketuanan Melayu. Dan tidak mustahil, suatu hari nanti kuasa Raja-Raja Melayu juga akan dihapuskan

Seribu kemungkinan yang tidak menguntungkan orang Melayu boleh dicorakkan oleh Anwar dan konco-konconya seandainya berjaya merampas. Sebagai contoh lihat sahaja apa yang terjadi pada Selangor dan Perak.

Walaupun Menteri Besarnya Melayu yang beragama Islam, namun ternyata mereka tidak ubah sebagai boneka yang boleh diarah untuk menghapuskan ketuanan Melayu. Maka sedarlah, seandainya Anwar berkuasa akan hilanglah identiti dan Melayu yang selama ini diperjuangkan oleh nenek moyang kita.

Tetapi yang hairanya, PAS seolah-olah hilang suara dengan rentak permainan Anwar ini. Penulis masih ingat lagi ketika 2 wakil rakyat dari Semangat 46 melompat parti suatu ketika dahulu. Pelbagai kata cerca dan hinaan dilemparkan kepada mereka. Namun sekarang mereka seakan redha dengan pendekatan Anwar ini.

Dan lagi, apakah PAS akan rela untuk menerima Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri sedangkan cina bukit ini secara terang menolak pendekatan Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Kepada pengikut PAS, sedarlah setidak-tidaknya UMNO masih berjaya mempertahankan kedaulatan Islam, namun tanyalah diri sendiri Apakah Islam masih mampu dipertahankan dan diterima oleh DAP.

LU PIKIRLAH SENDIRI

12 comments:

Anonymous said...

huhu... bukankah taktik ini yang selalu digunakan oleh BE END untuk mengalihkan pandangan masyarakat apabila timbul sesuatu isu yang membabitkan pemimpin BE END... hahahha... lup pikir lah sendiri.

Anonymous said...

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al- Hujurat ( 49 ):6 ).

Anonymous said...

anuar tak malu mengharap sokongan dari bn untuk
melompat parti. menharap sokongan dari sabah dan
sarawak. dulu dah tipu sabah melalui reformasi
sekarang nak tipu lagi. anuar dah gila, dia akan
buat apa saja untuk jadi pm. you can go to hell
anuar, get your hand out of sarawak, we dont want
you.

Anonymous said...

INI SEMUA RETORIK POLITIK ANUAR JE NI..TAK ADE PUN mp dari bn akan melompat parti..tapi katak katak anuar adelah akan lompat..tapi ..lompat punya lompat jatuh atas tahi lembu..tak ke naye..heee.. betoi tak.

Anonymous said...

tahun lepas, bulan september masa ceramah, DSAI pernah cakap 5negeri akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat... aku pun tumpang gelak...

9 mac... 5 negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat... UMNO/BN terkejut... aku pun macam tak percaya...

21 mac... DSAI cerita dalam ceramah dia, dia akan masuk Parlimen sebagai seorang ahli Parlimen. aku senyum... korang pun senyum...

28 ogos... DSAI dah ada dalam Parlimen siap angkat sumpah sebagai MP Permatang Pauh... Pak Lah senyap, Najib senyap, KJ senyap, UMNO/BN senyap...

aku senyum...

16 september..? ??

Anonymous said...

16 september ini kamu akan tertanya kepada dsai mana dia pengistiharan nak tubuh kerajaan pakatan tu... tunggu lah pilihanraya akan datang tu pun kalau rakyat nak sokong pakatan rakyat tu... silap2 dua tiga negeri dapat dirampas kembali oleh bn.
sekian terima kasih,
Hashim Ishak.
Skype: hashimmelaka

Anonymous said...

kalau dua tiga negeri dapat balik kat BN ... tak pelik pun dengan segala BALA jentera yang depa duk ada .. tapi kalau Kerajaan Pakatan Rakyat masih boleh bertahan dengan kemenangan dan mungkin bertambah lagi ..haaaaaaaa yang tu patut orang2 BN rasa pelik......

Anonymous said...

TAK ADE YG PELIKNYE...SIKIT LAGI TEMBELANG DAH PECAH MAKA BAUNYE SEANTERO DUNIA DAPAT..MASA TU LAH..PAKATAN RAKYAT JATUH KO TERUS..BN AKAN MEGAH SEPERTI DULU..

Anonymous said...

Macam2 tol la.. Org kalau dah gile politik sume bende dier nak plan ikut suke.

Kalau anwar jd pm pun still d same.. Mane2 pun gitu.. Dulu mase paklah baru naik..

Sume puji dier telus la.. Tegas la bantah rasuah.. La ni? Pe jadi? Anak beranak kaut duit..

Anonymous said...

sudah2 lah wei...
tggu je 16 sept nie..
baru tau sape yg ditipu dan sape yg tertipu ok...HAHAHA

Anonymous said...

Penulis kata "setidak-tidaknya UMNO masih berjaya mempertahankan kedaulatan Islam,"

Hey... jangan buat lawak bodoh lah! Sejak bila korupsi dan salah guna kuasa dianggap mempertahankan kedaulatan Islam??? Jangan confuse Islam dan Melayu.... Itu dua faktor yang SANGAT berlainan. Budak sekolah rendah pun tau.

Ketuanan Melayu tidak ada makna sekiranya pemimpin hanya bercakap sahaja tapi rakus melaknati bangsa dan negara sendiri. UMNO nak pertahankan Islam??? Jauh sekali brother. Apasal korang nak sokong pemimpin2 yang sudah terang-terangan zalim dan KORUP??? Jawab dengan Allah nanti.....tak takut ke brother?....

Perjuangan ini bukan untuk Anwar. Tolong faham. Sekiranya Anwar masuk UMNO sekali pun pada ketika ini, dia akan ditolak oleh rakyat. Yang rakyat tak tahan dah dan meluat sampai nak muntah sangat ialah UMNO/ BN dan KEJAHATAN serta KEBIADABAN pemimpin mereka yang gila kuasa dan sanggup buat apa sahaja untuk TERUS BERKUASA.


Rakyat Malaysia tidak suka kepada huru-hara. Maka kami membenci UMNO/BN dalam DIAM. Tapi jangan ingat rakyat akan TERUS terima UMNO/BN yang MENJAHANAMKAN negara dan MEMPERBODOHKAN rakyat. Kalau SPR telus seperti yang dinyatakan oleh semua orang UMNO/BN ( dan kebanyakan rakyat pun tahu hakikat sebenarnya), dah lama BN/UMNO TUMBANG!!!!!

Hey penulis, LU LAH YANG KENA PIKIR GUNA OTAK LU!

UMNO PARTI PENJARA said...

Akar Umbi & Calon 'Kuda Hitam' Ada Kejutan :-) http://pro-faizal.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...