10 September 2007

PAS DAN PKR BERGOLAK LAGI


Pas dan PKR menghadapi krisis dalaman, itulah yang boleh penulis gambarkan semasa menghadiri ceramah yang di anjurkan oleh Pas Gombak bagi mengumpul dana pilihanraya yang dijangka akan diadakan tidak berapa lama lagi. Satu program telah diadakan oleh Pas Kawasan Gombak bagi menyiapkan jentera pilihnraya yang di hadiri oleh Dr Hatta Ramli, Ketua Pas Kawasan Gombak, YB Sallehudin Ayub, Ketua Pemuda Pas Pusat, dan YB Kamarudin Jaafar.

Presiden Pas, Hadi Awang juga pada mulanya dijadual hadir pada program itu bagi melancarkan Buku Panduan Gerak Kerja Pilihanraya Pas pusat. Namun setelah dimaklumkan program itu turut menjemput pemimpin Keadilan, beliau telah membatalkan hasratnya dan mengarahkan YB Kamarudin Jaafar untuk mewakilkan beliau.

Ini di sebabkan kerana sebelum ini, semasa mengadakan program gerak kerja bersama Anwar Ibrahim, Hadi telah diaibkan oleh para penyokong Keadilan dengan melebihkan Anwar Ibrahim berbanding beliau. Walaupun sebelum ini, program yang diadakan atas tiket ‘Pakatan Pembangkang’ namum Anwar lebih ditonjolkan seolah-olah andaikata pakatan pembangkang berjaya merampas kuasa Anwar Ibrahim bakal di nobatkan sebagai Perdana Menteri yang seterusnya dan bukannya beliau selaku Presiden Pas.

Jika sebelum ini Pas dan Keadilan dilihat begitu mesra dengan acapkali mengadakan kerjasama dalam menjayakan program, namun kini dilihat semakin membawa haluan masing-masing. Program yang diadakan semalam bagi tujuan menyiapkan jentera pilihanraya langsung tidak di hadiri oleh para pemimpin Keadilan kerana pada masa yang sama Keadilan juga mengadakan program di Parlimen Wangsa Maju.

Pada awalnya juga, Azmin Ali telah bersetuju untuk sama-sama menghadirkan diri dan menyampaikan ceramah, namun penulis dimaklumkan pada saat akhir terpaksa membatalkannya kerana telah menerima amaran dari pihak atasan parti Keadilan.

Penulis pada mulanya menjangkakan ini hanya ‘gimik pilihanraya’ seolah-olah pakatan pembangkang menghadapi krisis, namun setelah merenung kronologi sepanjang 2 – 3 bulan ini penulis membuat beberapa kesimpulan.

1. Anwar Ibrahim merasa ‘kecil hati’ dengan tindakan yang dilakukan oleh Pas pusat kerana mengadakan program bersama Ansara dengan membuat solah hajat untuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed.

2. Pas langsung tidak memikirkan sensitiviti beliau, dengan cuba menjalinkan hubungan yang baik dengan Tun Mahathir.

3. Pas enggan melantik dan mengiktiraf beliau sebagai Perdana Menteri yang seterusnya andaikata berjaya menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya akan datang.

Penulis juga sempat bertanyakan beberapa soalan kepada beberapa orang yang hadir pada majlis berkenaan. Antaranya Zainal Abidin Rosli salah seorang aktivis Pas Kawasan Titiwangsa, yang menegaskan keputusan mengadakan pakatan bersama Keadilan merupakan satu kesilapan yang besar.

Ia tidak membawa keuntungan kepada Pas tetapi lebih menguntungkan Keadilan, sebagai contoh ketika Pilihanraya Umum yang lalu Keadilan telah meletakan calon dan telah meminta jasa baik para petugas Pas untuk membantu jentera pilihanraya mereka.

Namun yang mengecewakan ialah, seorang pun petugas Keadilan tidak muncul dan kalau ada sekalipun hanya sekadar menunjukkan muka dan tidak memberikan sebarang sumbangan. Program-program yang digerakkan oleh Pas juga jarang dihadiri oleh penyokong Keadilan. Namun sekiranya program itu dianjurkan oleh Keadilan penyokong Pas diminta untuk hadir bagi memberikan sokongan dan meramaikan majlis yang diadakan.

Salah seorang pemimpin Pas Kawasan yang enggan dikenali juga menegaskan Keadilan dilihat hanya mahu menperkudakan Pas dalam mencapai matlamat perjuangan mereka. Sebagai pakatan pembangkang sepatutnya wujud ‘win win situation’ namun ia tidak wujud dengan Keadilan kerana mereka lebih suka menonjolkan Anwar Ibrahim dan dilihat sebagai jaguh dalam semua aspek.

Sebagai contoh beliau mengatakan program yang diadakan pada hari ini, langsung tiada mendapat sambutan dari penyokong Keadilan. Walaupun semasa mengedarkan jemputan, Ketua Keadilan Bahagian Gombak telah bersetuju untuk hadir dan akan memaklumkan kepada semua ketua Keadilan Cawangan.Disebabkan kurangnya sambutan yang diberikan, majlis yang sepatutnya tamat pada pukul 12.00 malam terpaksa ditamatkan lebih awal sekitar pukul 11.00 malam.

5 comments:

Anonymous said...

Sebanarnya masa mula-mula adil kata nak buat pakatan dengan pas aku dah agak mesti tak lama. sebab si anwar al-juburi ni memang terkenal dengan kerakusan dan ketamakan kuasa.

dia hanya nak jadikan pas sebagai kuda tunggangan je tak lebih dari itu.

Anonymous said...

I'm tired of all this propaganda from a person called AI @ Liar Liar.
What he did is something which was earlier expected and alsodissapointment to his own fellow party members for throwing un healthywords and thinking, towards PAS.

He done it earlier and again but this time a bid more careless cause the damage to the party is slowly being seen and never the less effects towards the ellection which will be at any corner this year.

I don't see there's a problem Pas doing some prayers gathering for x PM due his situation of health and I dont't understand why the 'Liar Liar' force himself to issue a word by saying 'WHY' ?

Anonymous said...

Ini filem terbaru lakonan PAS dimana Hadi sepatutnya mengambil kesempatan sepenuhnya membalas dendam pada PKR kerana memalukan beliau sebelum in dan patut ini yang ada dalam fkiran Hadi berbunyi, 'dulu giliran aku yang kena, kini giliran kau pulak, setan...! 'Hutang darah, dibayar dengan darah, jadi sepatutnya Hadi perlu datang jika ingin membalas dendam kepada PKR namun sayang seribu kali sayang, mungkin kutukan penyokong PKR terhadap Hadi Awang itu benar lah, sebab itu dia tidak (malu) menghadiri ceramah tersebut.

Pada awal lagi klita semua tahu yang kedua dua parti ini cuba mencari kelebihan tetapi permainan yang agak rumit dan mengelirukan para penyokong mereka sendiri sehingga kini jelas sudah, PKR dan PAS kecoh sesama sendiri sehingga mencetuskan situasi membimbangkan akan berlakunya kekecohan oleh pemimpin pemimpin dimana dulunya Hadi amat selesa dengan AI dan PKR, begitu juga AI dan PAS.

Sebenar cerita, masing masing ingin 'menangguk diair yang keroh', memperalatkan sesama sendiri, tetapi sampai bila ? bila tiba pilihanraya,baru sedar dan kini mungkin terlewat tetapi bagaimana penyokong yang dilanda kekeliruan persaudaraan parti ?

itulah yang penyebab besar pergolakkan antara dua parti yang tak seberapa hebat namun nak kata teguh tu , jauh panggang dari api, jangan mimpi nak menagih tempat dipilihanraya nanti !

Anonymous said...

1) Kebodohan dan sikap berhati perut dan tidak berperasaan, seperti syaitan oleh Anwar Ibrahim terhadap tindakan PAS yang mengadakan solat hajat buat Tun Mahadir, dimana sebagai seorang Islam, itu adalah satu kewajipan dan tidak boleh dicampur adukkkan dengan politik atau samada seseorang itu suka atau tidak namun itu tetap menjadi tugas dan tanggungjawab.

2) soal siapa nak kawan siapa, musuh dengan siapa, itu tiada paksaan dan apa yang AI fikirkan terhadap perjalinan sebenarnya satu situasi setia kawan yang mungkin sudah lama dijalinkan namun disebabkan politin dan parti semasa itu, memisahkan keadaan ini dan sudah tentu simamat kaki BONTOT (AI) jelous.

3) Tak perlulah PAS nak berangan dengan berkata 'seandaikata berjaya menumbangkan UMNO ! hallo....excuse me!!! bermimpikah anda atau, ini angan angan Mat Jenin kot ! jangan kata PAS atau PKR, andaikata digabongkan kedua duanya, tetap tak terlawan kehebatan UMNO/BN.

Lagi satu, selama yang anda adakan ceramah kesana sini, tu bukan orang sukakan sangat Parti anda tu, yang sebenarnya *****a nak dengar lawak bodoh anda kerana kalau duduk dirumah tu boring so, why don't kita dengar burung pelatok berkata kata.

Anonymous said...

Hallo .......lu aper citer nie. kot yer pon nak jadi tukang cucuk nak buat citer biar le berfakta cikit.

asai Hj Hadi tak datang sikit lu dah becok. Haji Hadi tu Presiden Pas Pusat. Dia tu sibok memanjang. Bab2 tak jadi dtg ceramah bile ada urgent tu adat ler. Bab nk jadi Perdana Menteri tu tak timbol laa.

Beliau tak kisah sapa2 nak jadi PM asai layak dan Islamic. Beliau
hanya nk perjuangkan islam agar tertegak di muka bumi ini seperti mana yg telah diAMANAHkan kepada semua orang termasuk laa lu.

Lu Pulak asik dok tentang org yg nak mengajak,mengajar dan menegakan Islam. Hang jaga sikit. Setiap ayat tohmahan yg lu tulis akan jadi saksi lu di akhirat kelak.

Hidup di dunia ni kejap jer bro. Sana yg kekal. Cari lah Islam utk bekalan disana.

Sama2 lah kita bermuhasabah diri
tak ada org yg tak buat silap
asal kita mau bertaubat
kita akan diampunkan

Salam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...