20 September 2007

PAS BUKANLAH PARTI ISLAM

Penulis sempat meluangkan sedikit masa untuk mendengar tazkirah yang disampaikan di Masjid Saidina Othman Al-Affan tidak beberapa lama dahulu ditambah pula pada bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Antara intipati yang disampaikan oleh penceramah itu ialah peri pentingnya sebagai orang yang tahu berkenaan agama untuk menyampaikan apa yang mereka tahu semata-mata kerana Allah dan bukan atas sebab-sebab tertentu atau kepentingan peribadi mahupun politik.


Walaupun tidak wujud pemisahan di dalam agama namun kadangkala pemimpin-pemimpin politik di negara ini begitu gemar untuk mempergunakan dan berselindung di sebalik agama. Tidak cukup dengan itu kadangkala mereka tidak ubah seperti perogol agama yang mengunakan agama untuk memenuhi kehendak nafsu tamak dan gelojoh mereka.

Mungkin apa yang penulis sampaikan ini agak keras dan kesat, namun ia paling cocok dan sesuai untuk mengambarkan kebiadapan mereka ini. Sebagai contoh sejak kebelakangan ini penulis berkesempatan untuk menghadiri beberapa siri ceramah Pas yang diadakan tidak jauh dari rumah penulis.

Apa yang boleh penulis katakan ialah sepanjang ceramah yang mereka adakan pasti akan di selitkan dengan ayat-ayat al-quran dan hadis dari Nabi Muhammad SAW bagi mengelirukan khalayak dan penyokong mereka. Apabila memberikan ayat pasti akan dipotong-potong dan ditafsir sekerat-sekerat yang akan memberi kelebihan dan selari dengan maksud politik yang ingin disampaikan.

Walaupun perkara ini seakan-akan sudah terlalu biasa bagi mereka, namun apa yang dikesalkan mereka seolah-olah langsung tidak mempunyai perasan bersalah dalam mengula-gulakan pemikiran penyokong mereka.

Penulis pernah melihat sendiri satu peristiwa di mana satu ceramah politik anjuran pihak Pas akan diadakan pada jam 9.00 malam. Untuk mengambarkan parti mereka kononnya sebuah parti Islam bermula jam 8.00 malam mereka telah memasang petikan ceramah dan diselang-selikan dengan irama nasyid.

Yang menjadi tanda tanya ialah ketika masuk waktu Isyak mereka bukan sahaja tidak menutup pembesar suara yang digunakan bagi menghormati waktu azan, kebanyakkan dari mereka yang berada di bawah khemah juga langsung tidak mempedulikan seruan azan untuk solat berjemaah di madrasah yang hanya berada tidak kurang dari 100 meter.

Penulis mengerti mereka mungkin agak sibuk untuk menguruskan program yang akan berlangsung tidak beberapa lama lagi namun apa salahnya memberhentikan sementara pembesar suara yang digunakan. Walaupun isu yang penulis bangkitkan ini agak remeh namun ia cukup untuk mengambarkan parti yang kononya berlandaskan Islam ini langsung tidak dapat menjaga hal yang sekecil ini.

Dan lagi hanya disebabkan perbezaan politik mereka sanggup dan tergamak untuk bermusuhan sesama Islam, tidak bertegur sapa, pulau memulau, tidak ziarah menziarah, tidak melaksanakan hak-hak sesama Islam sehingga sanggup caci mencaci, melabelkan sebagai barua, terompah kayu dan sebagainya.

Bahkan lebih dasyat lagi ialah sehingga sanggup memusuhi sesama Islam melebihi memusihi orang kafir yang nyata menentang Islam. Sanggup pula berpeluk-pelukan dengan orang bukan Islam yang secara terang menolak Islam iaitu Lim Kiat Siang. Mereka juga begitu menyanjungi aktivis DAP, Lim Guan Eng ketika keluar dari penjara suatu ketika dahulu dengan mengucap dan melaungkan takbir.

Mereka juga kadangkala begitu taksub dan lebih menjurus kepada ‘asabiyah qaumiyyah’ kerana sanggup mempertahan dan membela anggotanya yang bersalah dan melanggar syariah. Contohnya bila pihak mereka mendedahkan keaiban sesama Islam mereka begitu menyokong dan menerima.

Sikap para pejuang adn aktivis di dalam Pas juga tidak ketinggalan melanggar ajaran Islam yang jelas boleh kita perhatikan sama ada dalam ceramah atau sikap untuk hidup harian mereka. Contohnya pemimpin mereka juga masih menghisap rokok, tidak gemar bersolat secara berjemaah, masih suka mengumpat dan mencaci sesama Islam, dan yang terlibat dengan riba dan banyak lagi.

Sebenarnya kalau ingin disenaraikan secara terperinci penulis mungkin mampu untuk menjadikan ia satu buku untuk tatapan pembaca.

4 comments:

Anonymous said...

Klau nak beli buku PAS BUKAN PARTI ISLAM boleh lah hubungi terus penerbit RZEMAS SRI SELASIH SDN BHD 0193991100

syahid_zul said...

tulisan ni terlalu mengambil kira kes2 terpencil...ia mengambarkan sikap terburu2 penulis dalam melontarkan tuduhan..mengambarkan betapa tidak professionalnya penulis...sdangkan utk menentukan taraf islam atau tidak sesuatu parti atau golongan, kes terpencil sahaja belum cukup utk dijadikan rujukan...

Anonymous said...

Bagi free pun aku tak nak....penulisnya orang kuat UMNO

Anonymous said...

Sebenarnya dakwaan PAS tidak menghormati azan itu saya pasti satu rekaan semata-mata. Kerana saya kenal benar dengan parti Islam ini. Orang yang menulis artikel ini pasti orang kuat Umno sebab apa yang ditulis sebenarnya memang sebijik dengan sikap-sikap orang Umno.
Yang tak peduli azan tu sebenarnya orang Umno.
Boleh dikatakan semua program-program yang dianjurkan Umno langsung tidak memasukkan solat dalam jadual mereka.
Dakwaan PAS tak suka solat jemaah jelas merupakan dakwaan tunggul orang Umno. Setahu saya, pemimpin-pemimpin PAS bukan sahaja gemar solat berjemaah, malah selalu jadi imam. Kalau nak dibandingkan dengan orang paling alim dalam Umno, Pak Lah, baru jadi imam sekali, itupun solat sunat Terawih, terus kecoh satu negara. Jakun sebab tak pernah tengok Pak Lah sembahyang.
Yang kaki riba', kaki judi, kaki betina, dan segala-galanya adalah pemimpin-pemimpin Umno.
Kes Altantuya cukup jelas membuktikan Najib seorang kaki betina juga kaki rasuah. Sumpah atas nama Allah saya cakap, anda tidak kenal siapa sebenarnya pemimpin-pemimpin Umno.
Kalau anda teringin sangat nak kenal benar dengn mereka, anda boleh mengunjungi pusat-pusat hiburan ternama di KL. Tapi saya harus ingatkan saudara, hanya artis-artis, vip dan vvvvip sahaja yang boleh masuk. Kalau anda kenal orang dalam disko-disko mewah tersebut, mungkin anda dibenarkan masuk. Kalau tidak, mungkin anda akan dibelasah teruk dengan jaga mereka jika masuk sebagai orang biasa.

Apabila anda masuk didalam pusat hiburan tersebut, maka terbongkarlah segala-galanya.
Mungkin anda adalah orang biasa. Tak mengapa, anda boleh wakilkan orang-orang korporat yang anda kenali untuk mewakili anda masuk kesana.

---------------------------------

cakap je tak guna, pi sendiri tengok.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...