Belum pun isu mengenai himpunan Black 505 selesai diperkatakan, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim
sekali lagi dengan pementasan drama yang baru bertujuan untuk mempengaruhi
minda di bawah sedar dengan sandiwara terbaru nukilannya. Ia ekoran dari
kegagalannya untuk mempengaruhi sokongan ahli-ahli Parlimen pakatan pembangkang
agar memboikot sidang parlimen yang bakal diadakan pada minggu depan.
Lihat sahaja bagaimana dia bersungguh dengan program
jelajah di seluruh negara agar rakyat turut bangkit dan simpati dengan drama
arahannya kononnya berlaku penipuan dalam sistem pilihanraya. Namun apabila
sokongan yang diterima semakin merosot hari demi hari, dia terpaksa menarik ‘handbrake gear’ dengan menjual nama Yang
di-Pertuan Agong sebagai alasan untuk hadir majlis angkat sumpah sebagai ahli
Dewan Rakyat.
Namun skrip pementasan drama terbarunya itu tidak
berhenti setakat itu sahaja, kali ini dia cuba mengugut akan terjadi ‘perang besar’ sekiranya pemilihan
Speaker Dewan Rakyat tidak dijalankan secara undi rahsia.
"Kalau kamu
gagal bersikap jujur dalam Parlimen, kamu nak langgar pemilihan Speaker, kamu
berdepan dengan perang besar pada 24 Jun ini," ugut Anwar semalam.
Bagi yang sentiasa mengikuti seisi persidangan Dewan
Rakyat, sudah pasti akan sedia maklum dengan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat menurut Perkara 62 (1)
Perlembagaan Persekutuan atau lebih dikenali sebagai ‘Buku Biru’ di kalangan ahli-ahli dewan.
Di dalam buku peraturan tersebut secara jelas telah menggariskan
tatacara yang perlu dilakukan sebagai garis panduan urusan mesyuarat. Sebagai
contoh buku tersebut di dalam Perkara 4 (3) muka surat 4, secara jelas mengatakan
“Jika
lebih daripada seorang ahli atau seorang lain cadangkan dan disokong jadi Tuan Yang
di-Pertua, maka Majlis hendaklah menjalankan pilihan dengan undi bersurat”.
Oleh yang demikian seharusnya tidak timbul sebarang kenyataan
berbaur ugutan untuk mengadakan ‘perang
besar’. Tambahan pula Aturan Urusan
Mesyuarat Dewan Rakyat tidak menetapkan jumlah undi 2 pertiga 3 untuk pemilihan
jawatan Speaker. Memadai dengan calon yang mendapat undi tertinggi akan dipilih
untuk menjawat jawatan tersebut.
Ahli Permatang Pauh itu sebelum ini mengatakan pakatan
pembangkang akan mencadangkan bekas hakim Mahkamah Persekutuan Abdul Kadir
Sulaiman dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat dan ahli parlimen Tumpat
Datuk Kamruddin Jaafar untuk jawatan timbalan speaker.
Memandangkan parti Barisan Nasional (BN) mempunyai
jumlah perwakilan seramai 133 orang, melebihi 60 peratus, berbanding DAP 38
orang, PKR 30 orang dan Pas 21 orang (jumlah keseluruhan 89). Dengan perbezaan
seramai 44 orang perwakilan, ia sudah cukup memberikan kelebihan yang besar kepada
calon yang dikemukakan oleh BN.
Memandangkan Anwar telah menyedari mengenai hakikat
ini, maka untuk apa isu yang remeh ini ingin dibangkitkan? Jawapan yang mudah ialah,
mengambil langkah awal dengan menyerang institusi (jawatan Speaker) tersebut seperti
yang sering dilakukan olehnya sebelum ini. Dengan cara itu, semua isu yang
bakal atau sengaja diadakan kelak akan dengan mudah diletakkan kepada Speaker.
Kesimpulannya, pementasan dram terbaru Anwar ini hanya
bertujuan untuk menutup aibnya yang sebelum ini secara jelas telah GAGAL untuk menarik sokongan ahli-ahli
parlimen pakatan pembangkang untuk akur dengan gesaan memboikot Majlis Angkat
Sumpah. Ini kerana, umum mengetahui Anwar sudah tidak lagi dapat membendung
nafsu dan impian untuk bergelar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Dan percayalah tempoh 5 tahun lagi adalah merupakan
satu jangka masa yang amat panjang untuk Anwar mencuba buat ke sekian kalinya.
No comments:
Post a Comment