Di
era teknologi maklumat ini, media sosial dikatakan mampu menentukan
hala tuju negara mahupun jatuh bangunnya sesebuah kerajaan. Malah, media sosial telah terbukti mampu mencetuskan anarki dan juga pembunuhan etnik. Tidak mustahil sedikit masa lagi, media sosial juga bakal menjadi punca perang antara dua negara, mahupun perang dunia.
Walaupun
media sosial memainkan peranan penting dalam kehidupan kita dan juga
pemerintahan negara, ia masih tidak mampu menjadi penentu yang muktamad
bagi meramalkan apa yang bakal terjadi berdasarkan pengaruhnya.
Merujuk
kepada satu kajiselidik tidak rasmi oleh sekumpulan pentadbir media
sosial, adalah didapati bahawa kita hanya boleh mengukur jarak dan
keluasan penyebaran maklumat tetapi sama sekali tidak mampu mengukur
keberkesanannya secara tepat.
Kajiselidik
tersebut menunjukkan bahawa Penyebaran Efektif Maklumat Politik dan
Pilihanraya berada di tahap 30% berdasarkan perkongsian purata ‘mutual
friends’. Dari perspektif Barisan Nasional, apa
yang didapati ialah daripada jumlah tersebut pula, hanya 30% yang
menyatakan sokongan secara nyata dan turut membantu kempen BN.
Perinciannya adalah seperti berikut:
STU dari FB
|
Jumlah Pengundi
|
Jumlah Penembusan (30%)
|
Jumlah Impak dari Penembusan (30%)
|
% STU diperbandingkan dengan pengundi
|
% penembusan diperbandingkan dengan pengundi
|
% Impak diperbandingkan dengan pengundi
|
9,146,020
|
13,291,385
|
2,743,806
|
823,142
|
68.81%
|
20.64%
|
6.19%
|
Kesimpulannya,
dari 9 juta pelayar internet, hanya lebih kurang 800,000 lebih sahaja
yang akan terpengaruh dengan kempen politik oleh kedua-dua belah pihak. Ini membuktikan bahawa media sosial tidak mampu menentukan kemenangan atau kekalahan satu-satu parti dalam pilihanraya.
Menarik sekali apabila perkara ini turut dipersetujui oleh Ahmad Lutfi Othman, iaitu seorang penulis dalam akhbar Harakah. Beliau
menyatakan bahawa kekuatan UMNO terletak pada penguasaan media
tradisional manakala PR, walaupun dilihat menguasai media alternatif
yang lebih demokratik dan meluas masih tidak mampu mengekang pengaruh
media tradisional.
Beliau seterusnya menulis, “semua
akur bahawa ketiga-tiga lidah rasmi parti-parti dalam Pakatan, terutama
harakah dan Suara Keadilan, amat tidak memadai untuk memikul
tanggungjawab yang begitu besar. Dengan kekerapan
penerbitan yang terbatas – dua kali seminggu untuk Harakah, dan
bertaraf mingguan untuk Suara Keadilan – apatah lagi begitu mudah
dijejaskan rangkaian pengedarannya disebabkan peruntukan undang-undang
sedia ada, pengaruh kedua-dua media ini dihadkan.”
Walaupun
Ahmad Lutfi turut mencapai kesimpulan yang sama mengenai pengaruh media
sosial, tetapi kita tidak setuju dengan saranan Ahmad Lutfi agar
melonggarkan lagi syarat terhadap media tradisional.
Ini
kerana, pembangkang masih belum menunjukkan kematangan dalam
mengendalikan media tradisional dan ini diakui sendiri oleh seorang
pembaca Harakah yang dipetik dalam tulisan Ahmad Lutfi tersebut. Katanya, “kualiti akhbar lebih penting. Laporan
Harakah dan Suara Keadilan perlu lebih bermutu, tidak mengulangi
kesilapan sama, dan harus ditadbir seperti industri akhbar yang
professional. Karyawannya tidak boleh tangkap muat, mesti hebat dan dihormati, dan pastinya perlu diganjari setanding akhbar-akhbar utama. Brain dan skil terbaik tidak datang menggolek.”
Nampaknya
penulis dan pembaca Harakah sendiri terpaksa mengakui bahawa hujah dan
bahan yang dibentangkan oleh pembangkang tidak berkualiti. Umum
sedia maklum bahawa bahan-bahan yang dibentangkan oleh media
pembangkang seringkali berunsur fitnah, berbaur hasutan dan terlalu
sarat dengan politik.
Sekiranya
pemerintah menguasai media tradisional kerana kualitinya, maka apakah
salah jika dikatakan pembangkang menguasai media sosial kerana
kualitinya juga? Perlu diingatkan bahawa kadangkala barang tidak berkualiti boleh disamarkan dengan ‘packaging’ yang berkualiti.
Memandangkan
apa yang dicari oleh rakyat adalah kualiti, sehingga tertipu oleh
‘packaging’ yang baik, maka bukankah lebih mudah jika kita memastikan
barang dan ‘packaging’ sama-sama berkualiti tinggi? Ertinya,
jika kelemahan BN di media sosial adalah kerana kualiti ‘packaging’nya
sahaja, maka kita harus bermula dari sekarang untuk menangani kelemahan
tersebut.
Hari ini, PR gagal ke Putrajaya walaupun berjaya menguasai media sosial. Tetapi
jika mereka berjaya meningkatkan kualiti media tradisional dalam
jangkamasa penggal ini, maka BN pastinya mempunyai masalah yang besar
dalam PRU-14 nanti.
No comments:
Post a Comment