Tindakan biadab ketua umum PKR, Anwar
Ibrahim yang ingin menarik simpati rakyat agar bangkit bersamanya, menolak
keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) terus menerima kecaman dari pelbagai
pihak.
Terbaru, bekas Ketua Pengarang Suara
Keadilan, Dzulkarnain Taib tampil mengkritik mantan majikannya itu yang
disifatkan sebagai ‘Raja Segala
Pembohong’ kerana sering menipu dan mungkir janji. Beliau yang ditemui
mengatakan Anwar telah menipu pengundi Cina dengan mengatakan pakatan akan
menang dalam PRU13.
“Saya melihat bahawa Anwar Ibrahim ini
semakin terpencil, kerana dia telah membohongi pengundi-pengundi Cina bahawa
pihak pembangkang akan memenangi PRU13, tetapi hakikat ini tidak terjadi. Dia
juga telah banyak berjanji dengan penyokong-penyokongnya di barat bahawa dia
akan menjadi Perdana Menteri dan beliau telah banyak berbuat janji itu dan ini.
“Malah pendedahan yang dibuat oleh
mantan timbalan presiden Indonesia Jusuf Kalla bahawa Anwar telah berjanji untuk
menerima apa juga keputusan PRU13, turut dimungkiri. Ini menyebabkan dia
dilihat sebagai Raja Segala Pembohong” katanya yang ditemui petang semalam.
Mengulas lanjut mengenai himpunan ‘Black505’,
Dzulkarnain mengatakan ia satu pembohongan, kerana menurutnya rakan sekutu
politik Anwar iaitu DAP dan Pas telah mengeluarkan kenyataan menerima keputusan
PRU13 khususnya di peringkat negeri iaitu Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.
“Kenapa Anwar tidak beritahu sekutunya
untuk tolak keputusan tersebut? Ia dilakukan kerana kekecewaan Anwar yang tiada
batas kerana gagal menjadi Perdana Menteri kerana telah ditolak oleh rakyat Malaysia”
katanya lagi.
Dzulkarnain yang juga merupakan
Presiden, Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) turut menggesa agar semua ahli
parlimen pakatan pembangkang untuk memboikot majlis angkat sumpah yang bakal
diadakan tidak lama lagi.
“Saya terbaca ahli parlimen pembangkang
mahu memboikot taklimat (sidang dewan rakyat) sebelum seisi persidangan pertama
Parlimen ke-13. Mengapa setakat boikot taklimat? Saya mahukan (agar) semua ahli
parlimen pembangkang tidak mengangkat sumpah. Ini kerana mereka sendiri telah
menolak keputusan PRU13, tunjukkan mereka serius” katanya sinis.
Beliau turut mengatakan ahli parlimen pakatan
pembangkang khususnya dari PKR sebagai hipokrit kerana hanya berani bising
tetapi akhirnya tetap mengharapkan kemudahan dan keistimewaan sebagai ahli
Dewan Rakyat.
“(Mereka) tolak keputusan PRU13, buat
huru-hara, mengadakan perhimpunan haram yang melanggar akta perhimpunan aman,
tetapi pada masa yang sama ingin menikmati gaji, elaun dan kemudahan sebagai
ahli parlimen Malaysia. Ini tidak adil, cakap kena serupa bikin, jangan bising di
luar tapi akhirnya ingin menikmati kemudahan sebagai MP.
“Kepada Anwar Ibrahim dan konco-kuncunya
jadilah anak jantan!!! Jangan jadi orang yang hanya pandai bercakap tetapi
tidak pandai laksanakan apa yang dicakapkan” tegas beliau.
Selain daripada itu KWMM turut menyatakan
sokongan dengan menyokong penuh saranan mantan Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia,
Datuk Mohd Noor Abdullah agar diwujudkan ‘Akta Derhaka’ bagi melindungi
Institusi Raja-Raja Melayu di negara ini. Pihaknya juga turut mendesak agar pihak
kerajaan segera menggubal ‘Rang
Undang-Undang Derhaka’ bagi membendung isu ini dari berleluasa.
Rang undang-undang yang dicadangkan itu
juga, seharusnya melihat serta mengkaji perundangan ‘Les Mejeste’ seperti yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Thailand
bagi melindungi kedaulatan institusi raja di negara tersebut.
Penggubalan ‘Akta Derhaka’ ini diyakini mampu menangani sikap biadab dan ekstrem
yang dipamerkan oleh mereka-mereka yang terpengaruh dengan dakyah dan ideologi sesetengah
pihak yang cenderung dengan penubuhan kerajaan republik.
No comments:
Post a Comment