14 June 2013

Anwar Tak Layak Jadi Ketua Pembangkang


Anwar Ibrahim kini terpaksa menumpukan tenaganya untuk terus berpaut sekuat mungkin pada gelaran ‘Ketua Pembangkang’.  Sedikit kesilapan, akan menyebabkan beliau tertendang keluar dari jawatan tersebut.  Tidak keterlaluan dikatakan, bahawa jawatan ‘Ketua Pembangkang’ itulah ‘maruahnya’ yang tinggal kerana pada hakikatnya, tiada siapa lagi yang mendengar arahan atau kata-katanya.   

Sebenarnya, sesiapa sahaja yang bercakap berbelit, sering U-Turn dan ‘flip-flop’ tidak akan dihormati dan seorang ketua yang bersikap sedemikian akan akhirnya dipandang rendah atau sepi oleh orang bawahannya.  Begitulah yang terjadi kepada Anwar kerana sering bercakap tidak serupa bikin. 

Paling terkini, Anwar telah beria-ia membayangkan yang beliau akan memboikot Dewan Rakyat tetapi akhirnya bayangan hanya tinggal bayangan apabila rakan-rakan sekutunya mempersoalkan saranan tersebut.  Tindakan mereka mempersoalkan saranannya secara terbuka membuktikan bahawa mereka tidak pernah mengiktiraf Anwar sebagai ketua mereka. 

Apabila Anwar sendiri kemudiannya menghadiri Dewan malah beria-ia mencadangkan nama Speaker, segala kebobrokannya terserlah lagi. 

Oleh itu, jika Anwar tertanya-tanya kenapa beliau masih lagi tidak berjaya mencapai cita-citanya menjadi pemimpin negara, maka beliau harus sedar bahawa selain petah berpidato, beliau sebenarnya tidak punya sifat kepimpinan pun.  Seorang pemimpin seharusnya mempunyai pendirian yang teguh serta konsisten dalam kata-kata dan tindakannya tetapi Anwar sering mencadangkan sesuatu tetapi berbuat sebaliknya.  Bagaimana orang boleh menghormatinya? 

Kerana itu, Anwar perlu memanipulasi pemilihan partinya setiap kali kerana beliau sendiri sebenarnya kurang keyakinan yang beliau boleh menang secara adil. 

Malang bagi pembangkang kerana mempunyai ketua yang tidak layak menjadi ketua.  Jika menjadi Ketua Pembangkang pun tidak layak, bagaimana boleh berangan menjadi Perdana Menteri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...