Akhbar berbahasa Cina, Sinchew Daily baru-baru ini melalui
ruangan ‘Sudut Pendapat’ memaparkan tulisan
Timbalan Editorial akhbar tersebut, Lim Sue Goan yang seolah-olah cuba
menafikan kewujudan tentera upahan siber DAP yang dikenali sebagai ‘Red Bean Army’.
Antara hujah yang diguna pakai oleh Sue Goan untuk
menolak kewujudan tentera upahan DAP ialah, kononnya pembangkang telah berjaya mewujudkan
isu yang berapi-api sehingga mampu menarik perhatian rakyat. Dia juga dilaporkan
menulis kononnya parti pemerintah, Barisan Nasional (BN) telah banyak melakukan
kesalahan sehingga mengundang kemarahan rakyat.
Mungkin dari satu segi hujah yang digunakan oleh Sue
Goan boleh diterima pakai, namun untuk menolak sepenuhnya penglibatan askar
upahan DAP ini adalah suatu yang tidak boleh diterima. Ini kerana suka atau
tidak pendedahan demi pendedahan yang dilakukan, baik di dalam blog mahupun
akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia telah cukup memberikan bukti akan
kewujudan mereka itu.
Ini kerana pendedahan tersebut bukan berdasarkan cerita
kedai kopi, tetapi turut dilampirkan dengan bukti penglibatan mereka seperti senarai
akaun palsu Facebook dan laman-laman yang sengaja diwujudkan untuk menyebarkan
dakyah dan propaganda mereka.
Hasil penelitian dan kajian yang dilakukan juga
mendapati akaun-akaun tersebut amat berbeza dengan akaun orang perseorangan. Ia
turut dikuatkan dengan kenyataan dan pengakuan yang dikeluarkan oleh
mereka-mereka yang pernah terlibat secara langsung dengan gerak saraf DAP.
Sekiranya benar semua dakwaan yang dikemukakan adalah
palsu dan rekaan semata-mata, mengapakah sehingga ke hari ini parti DAP
langsung tindak mengambil sebarang tindakan saman fitnah atau setidak-tidaknya
membuat laporan polis bagi menghalang pendedahan yang dilakukan itu.
Antara yang pernah tampil mendedahkan mengenai perkara
ini ialah bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku
Ibrahim yang berkata, tentera siber DAP ini dibayar dengan gaji besar bagi
menyebarkan propaganda dan mewujudkn sentimen kebencian di kalangan rakyat.
Selain daripada itu bekas Setiausaha Pemuda DAP Klaang, Shen Yee Aun juga turut
mengakui akan perkara itu.
Tidak cukup dengan itu Li Shuang yang juga
merupakan pengasas kepada gerakan ini turut mengakui bahawa dia bersama
dengan salah seorang admin Red Bean Army, Zheng Yi Zhi dan Ye Jin Qiang
mengenali 50 ahli tentera upahan yang dimaksudkan ini.
Walaupun Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika
diminta mengulas mengenainya sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan menafikan
penglibatan parti itu dengan ‘Red Bean Army’, namun ia jelas bercanggah dengan
kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Ketua Publisiti
DAP, Tony Pu dan ahli parlimen
Jelutung dari DAP, Jeff Ooi.
Pada 13 April
2013, ketika diwawancara Jeff Ooi pernah mengakui kewujudan
‘Cyber Trooper’ ini bermula pada awal
tahun 2008. Dia mengatakan Cyber Trooper
adalah seperti seorang samurai yang memiliki seorang mentor di belakang mereka.
Kesemua mereka ini dibayar untuk membunuh pihak lawan di dunia siber.
Persoalannya mengapakah Sue Goan cuba untuk menafikan kewujudan askar
upahan ini? Apakah ia bertujuan untuk menafikan kebenaran yang jelas terbukti?
Atau apakah wujud kemungkinan Timbalan Editorial, Sinchew Daily ini juga merupakan
sebahagian daripada tentera upahan yang dimaksudkan?
Apa pun jawapannya, isu yang cuba ditutup oleh Sue
Goan ini bukanlah satu isu kecik yang boleh dipandang ringan khususnya pihak
berkuasa. Ini kerana ‘Red Bean Army’ yang suatu ketika dahulu merupakan pasukan
gerak saraf DAP telah bertukar menjadi agresif.
Ini kerana objektif mereka dilihat bukan lagi untuk
membantu kemenangan parti ‘ultra kiasu’
untuk menang dalam pilihan raya. Namun ia telah menjadi sebuah kumpulan yang
melampau sehingga sanggup mengugut untuk mencederakan dan membunuh seseorang
yang dilihat tidak sehaluan dengan perjuangan mereka.
No comments:
Post a Comment