21 June 2013

SPR Selar Anwar Sebagai Pelakon Hebar Dan Hipokrit




Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hari ini sekali lagi menegaskan untuk menolak gesaan yang dibuat oleh pakatan rakyat untuk meminta semua ahli badan itu meletakkan jawatan kerana dikatakan telah bersekongkol dengan Barisan Nasional (BN) untuk menipu keputusan pilihan raya yang lalu. Penegasan itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika menyampaikan syarahan yang bertajuk 'PRU13: Terima Keputusan Rakyat' di Kuala Lumpur hari ini.

Sambil menjelaskan biarlah mahkamah pilihan raya yang membuat keputusan kerana ia adalah merupakan prosedur dan undang-undang yang telah ditetapkan dan bukannya dengan sesuka hati meminta badan itu meletakkan jawatan. Beliau turut menjelaskan, SPR tidak akan melayan segala desakan pembangkang kerana tuntutan mereka di luar garis perlembangaan dan peruntukan undang-undang.

Wan Ahmad menegaskan SPR telah melaksanakan semua tanggungjawab yang diberikan tanpa memberi sebarang layanan istimewa kepada mana-mana parti politik. Sebagai contoh ketika pilihanraya yang lalu dilakukan, SPR telah menerima semua borang pencalonan yang dihantar tanpa menolak mana-mana calon yang ingin bertanding.

“SPR telah melakukan yang terbaik dalam pilihan raya yang lalu berlandaskan peraturan dan perlembagaan yang ada, malah tidak ada satu aspek pun yang dilakukan mengikut budi bicara SPR.

“Selain dari itu, tidak ada satu pun tempat pengiraan undi yang dijalankan tidak mempunyai wakil dari calon-calon yang bertanding. Semua wakil calon memantau dan menyelia semua proses yang dilakukan dari awal hingga akhir sehinggalah dihantar ke tempat penjumlahan undi” katanya.

Malah ketika menjawab soalan salah seorang peserta, Wan Ahmad turut menyelar tindakan ketua umum PKR, Anwar Ibrahim yang disifatkan sebagai hipokrit kerana tindakan yang dilakukannya amat tidak selari dengan prinsip yang kononnya diperjuangkan. Beliau turut membidas ahli parlimen Permatang Pauh itu sebagai ‘pelakon’ yang hebat  kerana mempunyai agenda peribadi semata-mata untuk memecah-belahkan perpaduan bangsa di Malaysia.

“…bukan keputusan pilihan raya yang menjadi keutamaan, tapi (Anwar) mempunyai satu agenda lain untuk wujudkan porak-peranda dalam negara. banyak perkara yang dilakukan (oleh pembangkang) hanya untuk justify tuduhan yang dilemparkan sebelum ini.

“Belum pilihan raya lagi Anwar dah tanam persepsi buruk untuk salahkan SPR, macam mana dia tahu sesuatu perkara yang belum berlaku. Malah dia tahu tuntutan dia (Anwar) tuntutan dia tidak akan diterima, tapi dia tetap meneruskan dengan tindakan yang dilakukan kerana dia ada agenda dan objektif lain.

"Mereka menang 89 kerusi (Parlimen) dan tiga negeri menang semuanya lebih dua pertiga kerusi, tetapi di jalan raya mereka menolak keputusan pilihan raya dan ini perkara yang betul-betul hipokrit. Prinsip tidak sama dengan perbuatan, prinsip kononnya tidak boleh menerima keputusan pilihan raya, tetapi perbuatannya? Kita tengok sekarang, cepat-cepat angkat sumpah, cepat-cepat ubah (pendirian), sebelum ini cuma nak boikot, taklimat dia kata”, ” tegas beliau lagi.

Beliau berkata pembangkang hanya mempergunakan rakyat bagi menyokong prinsip tidak menerima keputusan pilihan raya dengan mengheret mereka ke perhimpunan jalanan, namun pada masa sama mengakui diri wakil rakyat yang dilantik menerusi proses pilihan raya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...