31 October 2007

WARTAWAN MALAYSIAKINI DAN MALAYSIA TODAY DIHAMBAT KELUAR





Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff telah mengadakan satu sidang akhbar tergempar di Ibu Pejabat JSJK di Jalan Dato’ Onn pagi semalam. Sidang akhbar yang diadakan kira-kira 45 minit antara lain bertujuan untuk membersihkan namanya yang selama ini dikaitkan kerana mempunyai harta yang bernilai RM 27 juta.

Sepanjang tempoh siasatan yang di jalankan oleh Badan Pencengahan Rasuah, beliau langsung tidak memberikan sebrang komen mahupun ulasan kerana enggan menggangu siasatan yang dijalankan dan mahu bersikap adil kepada badan itu.

Sejurus selepas siasatan yang dijalankan itu dilaporkan selesai pada 29 October, maka beliau telah tampil untuk mengadakan sidang media tergempar bagi membersihkan namanya yang telah dikaitkan.

Namun begitu sebelum mengadakan sidang akhbar itu, beliau telah meminta dua wakil media dari blog Malaysiakini dan Malaysia Today untuk keluar, kerana menurut beliau sidang akhbar ini langsung tidak mempunyai kaitan dengan masalah politik atau yang seumpama dengannya.

Pada hemat penulis kedua blog ini mungkin merasakan ia merupakan satu peluang yang tidak harus diabaikan kerana amat sesuai untuk dugunakan sebagai isu politik untuk terus menghentam kerajaan dan badan kepolisian negara.

Tambahan pula mereka merasakan pilihanraya umum semakin menghampiri dan sebarang isu yang dapat digunakan untuk kepentingan pembangkang tidak harus di biarkan begitu sahaja. Azmin Ali juga ada mengatakan terdapatnya ura-ura pilihanraya umum bakal diadakan pada 25 November, ini kerana kerajaan yang ada sekarang dilihat sudah semakin terdesak.

Menurut Azmin Ali lagi, sekiranya ia diadakan pada awal atau pertengahan tahun depan kerajaan mungkin berdepan dengan pelbagai isu yang bakal menyebabkan kerajaan yang ada sekarang ‘tersungkur’. Oleh itu mereka perlu menyiapkan jentera parti (pembangkang) dengan pelbagai isu yang mampu mengulingkan kerajaan yang ada sekarang.

Penulis berpendapat, tindakan yang dilakukan oleh Datuk Ramli Yusuff dengan mengarahkan kedua wakil wartawan itu keluar amat wajar dan bertepatan dengan sekali. Ini kerana selama ini, penulis-penulis di dalam kedua blog ini hanya berminat dengan laporan yang difikirkan mampu dan dapat memberikan tekanan kepada kerajaan.

Penulis-penulis di dalam kedua blog ini juga dilihat hanya cenderung melaporkan isu-isu yang berbaur tohmahan, proganda, perkauman dan yang seangkatan dengannya. Kalau tidak masakan Menteri Penerangan, Zainuddin Maiden mengelarkan mereka-mereka ini sebagai ‘goblog’.

Walaupun mereka kononnya cuba mengambil pendirian berkecuali, tapi acapkali laporan yang dikeluarkan selama ini lebih menjurus kepada isu politik dan mempunyai kepentingan yang bersifat peribadi.

KEADILAN CUBA MENGAGALKAN SIASATAN ‘PANEL BEBAS'







Jawatankuasa Pemandu untuk Membebaskan Badan Kehakiman’ yang ditunjanggi oleh Keadilan telah menghantar memorandom kedua kepada semua ahli ‘panel bebas’ yang diwujudkan untuk menyiasat kesahihan pita rakaman yang melibatkan VK Lingam yang kononnya sedang berbual bersama bekas Kutua Hakim, Tun Ahmad Fairuz.

Panel Bebas yang dijadualkan bermesyuarat pada hari ini (29 October), di Pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bagi menyiasat kes ini telah ‘digangu’ oleh rombongan ‘yang tak diundang’ yang kononnya bakal menghasilkan satu keputusan yang berat sebelah.

Mereka telah berkumpul seawal pagi di pintu masuk Suhakam dan mendesak untuk berjumpa dengan ahli ‘panel bebas’ ini bertujuan untuk melahirkan rasa ketidak puasan hati mereka tentang cara penyiasatan di jalankan dan menyerahkan memorandum kedua. Antara kandungan memorandum yang dihantar pada pagi ini antara lainnya mendesak penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes ini dan bukannya panel bebas yang dilihat kurang ‘bertaring’.

Dengan kehadiran rombongan mereka ini sedikit sebanyak di lihat telah menganggu perjalanan dan siasatan yang dijalankan, sehingga memaksa Mahadev Shankar yang merupakan salah seorang ahli panel untuk keluar bersemuka dengan mereka.

Setelah mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa yang diketuai oleh Latheefa Koya, panel bebas ini telah bersetuju untuk membenarkan hanya 3 orang dari wakil tersebut untuk masuk menyerahkan memorandum tersebut.

Menurut Mahadev Shanker yang juga bekas Hakim Mahkamah Rayuan, mereka telah ditugaskan untuk menyiasat kes ini, dan bukannya melayan kerenah yang cuba diwujudkan oleh pembangkang. Tambahan pula mereka yang hadir bukannya terdiri dari saksi tapi lebih kepada penyokong parti Keadilan.

Sekiranya panel bebas ini melayan semua masalah yang ditimbulkan oleh golongan penyokong parti Keadilan ini, maka siasatan yang dijalankan terpaksa menempuh masa yang agak panjang untuk diselesaikan.

PAS BATU ‘DIKENCING’ MAT SABU


Pas Kawasan Batu telah mengadakan program ‘rumah terbuka’ dan ceramah berkenaan isu-isu semasa di tapak pasar malam, Taman Dato Senu, Kuala Lumpur. Program yang bermula sekitar jam 8.00 malam ini antara lainnya bertujuan untuk memberikan penerangan kepada penyokong ‘Barisan Alternatif’.

Program yang diadakan pada malam itu (29 Oktober) dilihat sebagai kegagalan Pas Kawasan Batu kerana gagal meraih sambutan orang ramai. Kebanyakkan mereka yang hadir hanya sekadar mahu menjamu selera dengan pelbagai jenis hidangan. Di awal program, sekitar jam 8.00 malam hampir 100 orang pengunjung hadir, namun bilangan mereka semakin berkurangan ketika ceramah di mulakan sekitar jam 8.30 malam.

Walaupun pengajur membariskan penceramah yang telah ‘mempunyai nama’ seperti Tian Chua, Ketua Dewan Muslimah Pas Pusat

Majlis yang sepatutnya tamat pada jam 12.00 malam ini terpaksa ‘berlabuh tirai’ pada pukul 10.30 malam kerana sambutan orang ramai yang hadir pada untuk mendengar ceramah amat mendukacitakan dan mengecewakan. Perkara ini diluahkan oleh salah seorang ahli jawatankuasa program yang secara kebetulan merupakan seorang sahabat yang penulis memang kenali sejak sekian lama.

Menurut beliau, sekiranya orang awam atau ahli parti kerajaan tidak menghadirkan diri pada program ini itu adalah merupakan suatu yang biasa.

Namun apa yang amat mendukacitakan sambutan ahli Pas, DAP, dan Keadilan yang enggan turut sama dengan program yang acap kali diadakan ini adalah suatu yang tidak dapat diterima. Nampaknya Pas terpaksa memikirkan wardah yang lain bagi menarik semula sokongan ahli yang semakin hari semakin berkurangan.

Tambahan pula selama ini, Pas hanya mampu mengerakkan ceramah sahaja sebagai program alternatif berbanding parti pemerintah yang tidak putus mewujudkan pelbagai program untuk pelbagai lapisan masyarakat.

Mat Sabu yang juga merupakan salah seorang penceramah juga gagal menghadirkan diri sehingga ke akhir program dengan alasan kononnya sedang menunggu untuk mengadakan mesyuarat bersama Yang di-Pertuan Agong. Namun apa yang dimusykilkan ialah mengapa pembatalan ini hanya dimaklumkan di saat akhir. Persoalan lain yang ingin penulis bangkitkan ialah benarkah Mat Sabu masih mempunyai mesyuarat dengan Yang di-Pertuan Agong pada pukul 10.30 malam?

Untuk mengelakkan sebarang spekulasi, penulis sempat berbual dengan salah seorang ahli jawatankuasa penganjur yang enggan dikenali, mengatakan sekitar jam 9.30 malam pihak mereka ada menghubungi Mat Sabu bagi bertanyakan anggaran masa yang diperlukan sehingga ketibaan beliau nanti.

Pihak mereka dimaklumkan Mat Sabu sedang menghadiri satu program dan memerlukan lebih kurang 30 minit untuk tiba ke lokasi program. Di masa yang sama, Mat Sabu juga sempat bertanyakan bilangan mereka yang hadir. Setelah diberitahu angka yang hadir sekitar 50-70 orang naba suara Mat Sabu kedengaran agak lemah.

Sekitar jam 10.20 malam, pihak penganjur telah dihubungi semula oleh Mat Sabu yang mengatakan beliau tidak dapat hadir kerana mempunyai program bersama Yang di-Pertuan Agong.

Penulis rasa cukup setakat ini dahulu, di tulisan akan datang insyallah sekiranya berkesempatan penulis akan ulas perihal Tian Chua yang secara sedar mempersendakan agama Islam di hapan penyokong-penyokong Pas dan ‘Barisan Alternatif’

Kes Klip Video: Anwar Syok Sendiri - Rakyat Mula Bosan


‘Orang dah bosan!’ itulah yang disuarakan rakyat dan patut ditujukan kepada Anwar dan Keadilan, termasuklah mereka yang menjadi ‘pak turut’ Anwar Ibrahim.Ini berikutan satu perjumpaan bersama rakyat yang diadakan baru-baru ini langsung tidak mendapat sambutan.

Lokasi ramah mesra yang kononnya bertemakan isu sensasi klip video itu telah di jadualkan diadakan di Taman Muda, Pandan Indah dimana kawasan yang majoriti penduduknya berbangsa cina, namun ternyata hampa kerana langsung tidak mendapat sambutan dari penduduk setempat.

Kelihatan ketika itu hanya beberapa pengikut parti Keadilan yang boleh dikira dengan jari, sedang bosan menunggu ketibaan Anwar sehingga ada sebahagian mereka menguap letih.Apabila penulis cuba bertanya kepada salah seorang dari mereka, pukul berapakah Anwar dijangka tiba, penulis hanya terima jawapan tidak tahu dengan gambaran wajah hambar bercampur bosan.

Anwar selaku Ketua Penasihat Keadilan di laporkan akan tiba di medan selera Taman Muda pada jam 7 malam untuk sessi penerangan mengenai klip rakaman VK.Lingam dan Tun Ahmad Fairuz.Namun beliau sendiri tidak hadir tanpa sebab.

Penulis sekali lagi cuba bertanya kepada peniaga di Medan Selera tersebut mengenai kedatangan Anwar, namun jawapan sinis yang diterima kerana mereka tidak tahu-menahu akan perkara itu dan penulis disoal, siapa Anwar?

Nampak sangat Anwar tak glamour di kalangan penduduk tersebut dan jelas menjelang pilihanraya ke-12 ini, Anwar lebih peka dengan isu klip video itu kerana ianya satu potensi bagi Anwar popular dan mendapat perhatian rakyat umum dan sekaligus mempengaruhi mereka untuk mempercayai isi rakaman video tersebut.

Baru-baru ini, iaitu di hari yang sama, Anwar turut mengadakan ceramah perdana bersama-sama kroni pembangkang di Pandan Perdana. Mungkin ceramah kali ini menarik topik kutukannya kerana kali ini ceramah tersebut di hidangkan dengan tayangan klip video tersebut kepada orang ramai.

Bukan sahaja penulis tetapi semua orang pun pasti tertarik dengan temanya iaitu; ‘Krisis Kehakiman Negara’ apatah lagi sesiapa yang datang akan di sajikan dengan tayangan 14 minit klip video terbabit seperti yang dilaporkan oleh sumber penulis, tetapi wajah hampa orang ramai nyata dikesali kerana hanya 8 minit sahaja tayangan tersebut bukan 14 minit seperti yang dicanang oleh pengikut-pengikut Anwar Ibrahim.

Ternyata Anwar menggunakan isu klip video itu sebagai jalan mudah untuk meraih perhatian rakyat pada parti di bawah naungannya. Sejak dari isu ini di timbulkan sendiri olehnya pelbagai persoalan timbul, antaranya tentang kebenaran klip video tersebut.

Tentu ramai yang mengikuti perkembangan terkini isu hangat ini tetapi sehingga kini langsung tiada perubahan pada isu tersebut melainkan suara menyalak Anwar dan pengikutnya yang tak sudah-sudah menekan kerajaan agar satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan.

Sedia maklum, panel khas sudah dilantik untuk menyiasat kesahihan video tersebut sebelum tindakan selanjutnya tetapi sehingga hari ini Anwar Ibrahim terus-terusan menyalak agar Suruhanjaya itu ditubuhkan dan barulah dia hendak menyerahkan kesemua baki klip video berkenaan.

Lupakah Anwar? Rakyat kini sudah bosan, jelak, jemu dan menyampah dengan apa yang dilakukannya sekarang. Jika benar mahu menjadi hero dalam menegakkan keadilan, Anwar sepatutnya tahu bagaimana untuk berkerjasama dengan tiga panel dilantik dan BPR, bukannya main tarik tali sebegini.

Ketika penulis mendapatkan pandangan orang ramai yang menghadiri ceramah pada malam itu, rata-rata dari mereka mengatakan isu klip video ini adalah mainan politik Anwar Ibrahim.

Ini kerana apa yang ditayangkan adalah sama seperti yang terdapat di Internet. Padahal, mereka mengharapkan jawapan dari tayangan tersebut berbeza dan mungkin yang ditayangkan itu salinan kedua video tetapi apa yang tersiar adalah sama sahaja sejak dari mula isu ini di timbulkan.

Jelas Anwar memutar-belitkan keadaan dengan isu bodohnya itu dan orang ramai kini yakin bahawa panjang klip rakaman tersebut hanya 8 minit sahaja dan bukan 14 minit seperti yang didakwa.

Rentak tarian Anwar sudah jauh tersasar dari asal pembikinannya.Si kaki kelentong ini hampir terjerat dengan sandiwara rekaannya sendiri kelak. Masyarakat kini mula bosan dan meluat untuk menanti kebenaran isu klip video ini kerana kesahihannya langsung tidak ada.

Ingatlah Anwar, ‘berani kita kerana benar, takut kamu kerana salahnya kamu’.

26 October 2007

TIAN CHUA 'DIBUNGKUS' SELEPAS SOLAT JUMAAT









Ketua Penerangan parti Keadilan telah mengadakan satu pogram ‘Himpunan sokong Agong tidak sambung khidmat Ahmad Fairuz’ yang bertempat di Masjid Negara langsung tidak mendapat sambutan orang ramai.

Tian Chua hanya mampu membuka kain rentang ‘propaganda’ mereka kira-kira 10 minit. Itupun sekadar untuk diambil gambar oleh beberapa orang wartawan yang hadir. Setelah itu kain rentang yang dibuka terpaksa ‘dibungkus’ semula.

Program yang bermula selepas solat Jumaat ini langsung tidak mendapat sambutan ramai. Jemaah yang telah selesai menunaikan solat Jumaat hanya mampu berpaling apabila di ajak untuk turut serta mengambil bahagian di dalam program tersebut.

Penulis difahamkan pada mulanya mereka menjangkakan program ini akan mendapat sambutan ramai, namun lantaran ketandusan para ‘pengikut setia’, mereka terpaksa menamatkan program ini lebih awal sekitar jam 2.30 petang.

Porgram yang ini juga gagal menarik penyertaan dari rakan-rakan pembangkang yang seperti Pas dan DAP, ini kerana sepanjang 10 MINIT program ini berlangsung, kelibat wakil dari rakan-rakan pembangkang ini langsung tidak kelihatan.

Untuk tidak memburukan keadaan, Ketua Penerangan parti Keadilan ini tetap meneruskan sessi soal jawab bersama para wartawan.

Tian Chua ketika di temuramah mengatakan pihak mereka terpaksa membatalkan program yang diadakan kerana kebanyakkan dari jemaah yang bersolat Jumaat pada hari ini telah pulang lebih awal. Beliau juga menegaskan para pengikut mereka mungkin tidak dimaklumkan terlebih dahulu dan menyebabkan ia tidak mendapat sambutan.

Kebanyakan soalan yang diajukan oleh pihak wartawan hanya mampu dibalas dengan ‘no comment’ dan mereka diminta untuk merujuk kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ternyata dari riak wajah yang dipamerkan, Tian Chua berasa agak hampa kerana memikirkan semakin hari semakin ramai pengikut-pengikut mereka yang lari meninggalkan parti Keadilan.

Penulis juga sempat menemuramah beberapa orang jemaah yang sedang beredar pulang, mengapa mereka enggan turut serta di dalam program yang diadakan oleh Keadilan ini. Rata-rata mengatakan mereka sudah ‘muak’ dengan telatah dan kerenah Anwar Ibrahim.

PERHIMPUNAN BERSIH TIADA PERMIT - JANGAN ULANG PERISTIWA BATU BURUK


JANGAN CARI PENYAKIT MENYERTAI PERHIMPUNAN HARAM
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) dijangka akan menganjurkan perhimpunan besar-besaran pada 10 November (Sabtu) bermula pada 3 petang di Dataran Merdeka yang bertujuan untuk mendesak satu reformasi pilihan raya. Satu memorandum akan diserahkan kepada DYMM Yang diPertuan Agong.

Perhimpunan yang dianjurkan itu juga bermatlamat untuk mengumpulkan seramai 100,000 orang untuk menunjukan kepada kerajaan betapa perjuangan yang mereka lakukan ini mendapat sokongan rakyat. Namun yang peliknya sehingga ke hari ini masih lagi belum terdengar di mana-mana saluran media mahupun laman web dan blog pembangkang.

Ternyata perhimpunan yang cuba digerakan ini langsung tidak mendapat sokongan dan dokongan dari pemimpin parti-parti pembangkang. Anwar Ibrahim sudah pasti tidak akan menghadirkan diri kerana diri beliau sendiri tidak ‘Bersih’ dan sedang ‘sibuk’ dengan BPR dan berkemungkinan akan di dakwa kerana gagal menyerahkan pita rakaman asal yang di dakwa mempunyai salah laku badan kehamkiman negara.Di pihak Pas pula sehingga sekarang masih lagi tidak terdapat sebarang kenyataan sama ada menyokong mahupun menentang.

Baik Mursidul Am mahupun Presiden Pas sendiri masih lagi ‘bisu’ mengenai program yang bakal dilangsungkan ini. Atau mungkin juga Pas sudah serik untuk ‘berkompromi’ dengan mereka yang gemar untuk ‘menanguk di air keroh’ atau mempergunakan akivis Pas untuk meramaikan program yang dianjurkan.

Menurut sumber yang boleh dipercayai di IPD Dang Wangi tidak terdapat sebarang permohonan untuk mendapatkan permit bagi menganjurkan perhimpunan ini. Namun menurut pegawai bertugas yang enggan dikenali ini, sehingga ke hari ini tiada sebarang permohonan yang dibuat kepada pihak beliau.

Mereka juga memaklumkan tidak tahu menahu mengenai perhimpunan yang bakal diadakan itu.“Sebarang perhimpunan yang ingin diadakan hendaklah memohon permit dari pihak polis selewat-lewatnya dua minggu dari tarikh yang ingin diadakan, setakat ini tiada sebarang permohonan yang dibuat dan pihak kami memang tidak di maklumkan langsung” ujarnya.

Sekiranya dikira dari tarikh yang ingin diadakan, mereka hanya mempunyai kira-kira 2 hari setengah sahaja lagi untuk mengemukakan permohonan. Selepas dari tarikh tersebut permohonan yang dibuat akan dikira sebagai lewat dan memnyebabkan pihak polis terpaksa memproses permohanan tersebut secara tergesa-gesa.

Seandainya mereka tidak meluluskan permohonan ini, maka berbagai-bagai tohmahan akan dilemparkan bagi memburukkan intergriti pihak polis. Menurut pendapat penulis pihak penganjur dengan sengaja cuba mencabar dan ‘bermain’ dengan undang-undang negara dan mempunyai agenda yang tersendiri.

Andainya perhimpunan ini gagal mendapat sambutan orang ramai dan bilangan mereka yang hadir boleh dikira dengan jari, mereka pasti mencari isu untuk ‘dikambing hitamkan’. Atau dalam mudah tidak mustahil mereka akan melakukan provokasi kepada angota polis agar mengambil tindakan terhadap mereka.

Maka mudahlah untuk mereka mengatakan perhimpunan yang diadakan gagal mendapat sambutan kerana tindakan keterlaluan pihak polis. Maka sekali lagi maruah polis akan dicalarkan oleh mereka. Nasihat penulis kepada mereka ini, janganlah tragedi Batu Buruk di ulang tayang.

25 October 2007

APAKAH COSMONOUT MALAYSIA COCONOUT?

Dikala seluruh umat Islam seluruh dunia bergembira menyambut Syawal, rakyat Malaysia umpama mendapat bonus apabila memperolehi kegembiraan berganda kerana misi ‘Angkasawan Malaysia’yang pertama telah terlaksana dengan jayanya.

Misi yang dijalankan ini telah dilakukan di dalam bulan yang mulia, iaitu Ramadan, ketika umat Islam di seluruh dunia sedang melakukan ibadat puasa, seterusnya menyambut Hari Raya, hari kemenangan bagi umat Islam yang berpuasa Ramadan.

Namun apa yang menyedihkan tatkala seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian ini, ada segelintir umat yang masih terbelenggu pemikirannya sanggup memperlecehkan dan memperkecil-kecilkan usaha yang dijalankan ini dengan pelbagai cerita.

Sebelum ini kita dikejutkan dengan ulasan yang diberikan oleh beberapa buah akhbar luar negara yang mengatakan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor hanya layak dikenali sebagai penumpang ke angkasa dan bukannya Cosmonout.

Dalam satu petikan daripada Kolumnis akhbar The Age, Melbourne, Michael Backman yang mengkritik projek ini berpendapat bahawa rakyat Malaysia hanya menumpang kapal angkasa milik orang lain dengan membayar kapal itu seumpama teksi sahaja.

Itu belum diambil kira mengenai kerenah akhbar Indonesia yang hanya meyiarkan mengenai kejayaan dan keupayaan Malaysia ini sebagai tajuk kecil dan hanya tiga akhbar sahaja yang melaporkan berita mengenainya.

Namun itu bukanlah satu perkara yang pelik buat penulis kerana mereka merupakan ‘orang luar’ dan sudah tentulah tidak menunjukkan minat untuk mengiktiraf kerajaan Malaysia ini. Tapi apabila segelintir rakyat juga bersama bersekongkol dengan anasir luar untuk mempertikai kejayaan ini ia adalah merupakan satu perkara yang tidak dapat di terima.

Golongan ini mempertikaikan misi penghantaran Angkasawan Malaysia ini merupakan satu pembaziran kerana membelanjakan sebanyak RM95 juta duit rakyat semata-mata untuk membuat ujikaji 'bodoh' di angkasa lepas yang telah pun dibuat oleh angsawan lain sebelumnnya.

Mereka mempertikaikan kononnya ujikaji yang dijalankan boleh menjadikan tawa negara asing kerana menjalankan kajian seperti putaran gasing, putaran yoyo, catuan Strawberry, campuran minyak dan air dan kelajuan bola berbilang saiz.

Hishamuddin Rais (penulis tamu di Malaysia Today) pula mengatakan semuanya kelentong ini tidak ada sangkut-paut dengan keilmuan sains jauh lagi dalam bidang teknologi. Teknologi kepala bana apa? Kita hanya membeli tiket untuk naik Soyuz. Ini samalah macam naik Bas Mini dan kemudian dalam bas ini kita buat panggilan telefon ke rumah. Bas buatan Jepun. Telefon bimbit buatan Sweden. Kutu berahak penyelidikan apa? Tidak percaya apa yang saya tulis sila saman akhbar Jepun.

Ternyata mereka yang mempertikai misi ini adalah terdiri daripada mereka yang ‘jumud’ pemikirannya dan mempunyai agenda politik semata-mata.

Umum mengetahui selama 10 hari di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), Sheikh Muszaphar telah menjalankan eksperimen membabitkan kesan mikrograviti dan radiasi terhadap sel barah dan bakteria serta uji kaji pengkristalan protein bagi kemungkinan mencari penawar HIV/AIDS.

Menggunakan sepenuhnya kelebihan keadaan mikrograviti dan ruang radiasi di angkasa, penyelidikan itu akan memberikan satu bentuk keputusan yang sangat hampir kepada biologi sebenar sel, mikrob dan protein yang dikaji.

Selain dari itu pengalaman angkasawan negara, melaksanakan ibadat solat dan puasa sepanjang 10 hari berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) akan dibukukan, bagi membolehkan ia dijadikan rujukan oleh angkasawan Islam Malaysia atau dari negara lain dalam misi angkasa lepas pada masa akan datang.

Ia juga sebagai garis panduan yang membabitkan cara beristinjak, mengangkat hadas kecil dan besar, penentuan kiblat dan waktu solat, cara menunaikan solat, pelaksanaan ibadat puasa dan pengurusan jenazah.

Ia juga membabitkan hal yang berkaitan pemakanan, etika berpakaian dan etika bermusafir.
Ditambah pula usaha yang dijalankan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi menghasilkan makanan angkasawan tempatan sebagai salah satu uji kaji.

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang diamanahkan untuk menjalankan kajian mengenai makanan angkasawan telah berjaya menghasilkan makanan bercirikan Malaysia yang sesuai dengan keadaan persekitaran di ISS.

Namun begitu dalam kerakusan golongan ini mengkritik usaha ini, Nik Aziz tampil mempertahankan usaha kerajaan ini. Menteri Besar Kelantan itu berkata, usaha Malaysia menghantar angkasawan pertama Malaysia, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, ke angkasa lepas sebagai untuk mencari ilmu bukanlah pembaziran kerana ia dituntut agama.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas, berkata kajian mengenai langit dan bumi yang dijalankan menerusi program angkasa lepas adalah perintah Allah kepada hambanya.

Rata-rata rakyat Arab Saudi juga melahirkan rasa kagum dan syukur di atas kejayaan Malaysia itu. Mereka yang kebanyakannya telah melawat Malaysia dan memahami budaya dan cara hidup rakyat Malaysia, amat menyanjung tinggi kejayaan negara.

Angkasawan Malaysia merupakan angkasawan ketiga Islam yang menerokai angkasa lepas selepas Putera Raja Sultan bin Salman dan wanita keturunan Iran yang melancong ke angkasa lepas tidak lama dulu. Kini nama Dr. Sheikh Muszaphar Shukor akan tercatat di dalam sejarah sebagai angkasawan ketiga Islam berlepas ke angkasa lepas membawa misi negara sekali gus nama umat Islam.

Makna bagi pelayaran Dr. Sheikh Muszaphar ialah bahawa orang Islam di Malaysia bukan sekadar mampu untuk menyambut Hari Raya bersuka ria tetapi turut serta dalam penerokaan angkasa lepas dengan penuh keilmuan. Maknanya angkasawan negara ini bukan sekadar penumpang tetapi adalah seorang saintis yang mempunyai pendidikan tinggi formal berwibawa.

‘‘Bukanlah kerja kita untuk melancong atau untuk melihat Bumi dari angkasa lepas. Tujuan kita jauh lebih besar iaitu untuk menjalankan penyelidikan, dan hasil penyelidikan kita itu amat dinanti-nantikan oleh negara-negara Eropah dan Jepun.‘‘Ini langkah permulaan kita yang boleh dianggap satu percubaan yang besar dan yang berjaya dilaksanakan oleh seorang rakyat Malaysia yang berkelayakan,” kata Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Abdullah Badawi.

11 October 2007

Jangan seret Azalina menari rentak Genderang Perang UMNO Cheras

Oleh : NurulHuda Ellya Key

Hanya kerana tidak berpuashati dengan Penolong Setiausaha Pergerakan wanita UMNO, Dato' Faridah Abu Hassan, genderang perang telah dicanang oleh UMNO Cheras di bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini.

UMNO Bahagian Cheras sejak dua tahun kebelakangan ini sentiasa 'panas' ekoran perang terbuka antara Syed Ali dan Faridah.

Beberap penulis pro Ketua Bahagian ini turut menari terlalu ghairah mengikut gendang tari ini sedangkan irama. Gendang ini tidak kena pada tempat dan masanya.

Dalam kenyataan Azalina beliau berkata buat masa sekarang beliau tidak memikirkan akan pemilihan UMNO kerana beliau ingin menumpukan pada pilihanraya dan kemudian memastikan tempatnya dalam Masjlis Tertinggi.

Apa saja pengistiharan perang itu adalah hak individu, hak Ketua Bahagian Cheras untuk mengumumkan perang dengan Rafidah kerana beliau berhak melakukannya.

Ini tidak pula bererti Azalina yang mengistiharkan peperangan ini.

Azalina sendiri tidak dapat lagi menghayati pukulan tarian gendang ini kerana bunyinya sumbang dan iramanya bukan irama perang antara Azalina dan Rafidah tetapi irama perang antara Syed Ali dan Faridah Abu Hassan.

Jika itu irama lagunya, mengapa harus di seret Azalina menari sama.

Kemelut yang berlaku antara UMNO Bahagian Cheras dengan Faridah Abu Hassan ini dan tekanan yang diberikan kepada Rafidah mungkin akan mencetuskan satu situasi yang keliru di kalangan wanita UMNO seolah-olah Azalina yang mencabar Rafidah.

Adalah lebih baik UMNO bahagian Cheras jangan mengheret Azalina dalam kemelut mereka. Azalina masih muda dan beliau mempunyai potensi dan berkaliber untuk menerajui Pergerakan Wanita UMNO suatu hari nanti.

Azalina kini seolah-olah terperangkap dalam satu keadaan yang beliau sendiri tiba-tiba terperangkap dalam kemelut perperangan antara Syed Ali dan Faridah Abu Hassan.- 9/10/2007

____________________________________________________________________________________

Azalina dicalonkan Ketua Wanita?

Oleh: Zack Abu Bakar

UMNO Bahagian Cheras semalam menyatakan akan memberi sokongan terbuka kepada Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Azalina Dato' Othman Said untuk dicalonkan sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO dalam pemilihan akan datang.


Apakah ini merupakan protes terbuka kepada Dato' Seri Rafidah Aziz atas kemelut yang sedang bergolak hebat di antara Ketua Bahagian UMNO Bahagian Cheras Senator Datuk Wira Syed Ali - Al- Habshee dan juga Ketua Wanita Bahagian Cheras Dato Faridah yang merupakan orang kanan Rafidah.

Jika ini adalah kemelut peribadi antara Syed Ali dan Faridah adalah tidak wajar beliau mengheret dalam kancah permasalahan mereka dan adalah lebih bijak mereka menyelesaikan secara kekeluargaan dan mencari jalan penyelesaian demi masa depan parti.

Namun dalam tindak balas Azalina pula menyatakan bahawa beliau hanya cuba mengekalkan kedudukan sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO. Masih terlalu awal untuk memberikan keyataan mengenai soalan pemilihan parti.

Beliau juga berkata beliau akan melihat keadaan ini hanya setelah pilihanraya umum nanti.

Apabila ditanya akan reaksi orang ramai, ada yang menyatakan bahawa Azalina patut bertanding sebagai Ketua Wanita kerana sayap UMNO ini perlu diberikan suntikan semangat baru kerana sayap ini sekarang bergerak secara ritorik dengan kepimpinan lama.

Pemimpin muda seharusnya diberikan peluang untuk memimpin Wanita pula bagi menerap idea-idea baru.

Azalina adalah seorang yang berpendirian dan berani dalam berpolitik, jadi beliau perlu diberi peluang , tegas Syed Ali.

Ada pula yang berpendapat bahawa Azalina tidak perlu gentar untuk bertanding sebagai Ketua Puteri UMNO tambahan pula Rafidah sekarang sering menerima rawatan di Hospital Pantai. Mungkin beliau kian uzur dan sudah tiba masanya untuk melepaskan jawatan kepad pemimpin baru.

Lagipun sekira Azalina tewas sekalipun beliau tidak akan menghadapi sebarang perbezaan kerana buat masa sekarang beliau juga tidak memegang mana-mana jawatan dalam Wanita.

Tidak salah jika Azalina mahu mencuba. - 8/10/2007
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...