HONG KONG 31 Jan. - Taikun hartanah Hong Kong yang menjanjikan ganjaran lumayan terhadap lelaki yang berjaya mengahwini anaknya, seorang lesbian, telah menarik balik tawaran tersebut.
Jutawan itu, Cecil Chao Sze- tsung, 77, mencetuskan kontroversi apabila menawarkan ganjaran sehingga HK$1 bilion (RM430 juta) untuk mana-mana lelaki yang berjaya menawan hati anaknya, Gigi Chao.
"Jika Gigi menyatakan itu adalah pilihannya, ini semua sudah berakhir.
"Bagaimanapun, saya tidak gembira dengan keputusannya dan tidak akan menerima teman hidup Gigi dalam keluarga saya,'' katanya dalam temu bual dengan saluran televisyen, CNN.
Keputusan tersebut dibuat Cecil selepas Gigi menulis surat terbuka kepadanya supaya menerima kecenderungan songsang dirinya seorang homoseksual.
Jutawan itu berkata, beliau menghormati keputusan anaknya itu jika perkara tersebut yang dimahukannya.
"Saya sebenarnya tidak berniat ingin campur tangan dalam kehidupannya, tetapi jika itu yang dia mahukan, saya tiada pilihan," katanya.
Baca juga : Hadiah RM433 Juta, Untuk Kahwin Anak Lesbian
No comments:
Post a Comment