Hubungan tegang di antara Singapura dan Indonesia semakin parah apabila Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong bertindak meng'unfriend' Presiden Susilo Bambang Yudhoyono di Facebook.
Ini berikutan dengan kedegilan negara Indonesia enggan mempedulikan bantahan Singapura terhadap sebuah kapal perang Indonesia dinamakan Usman Harun sempena memperingati dua tenteranya Usman dan Harun yang terkorban di insiden pengeboman di Orchard Road, Singapura.
HUBUNGAN SINGAPURA INDONESIA TEGANG EKORAN ISU KAPAL PERANG USMAN HARUN
Bagi Singapura, Usman dan Harun tidak layak diangkat sebagai hero sebaliknya 'terrorist' yang pernah mendatangkan ancaman terhadap Singapura suatu ketika dahulu dengan mengebom McDonald House pada tahun 1965. Akibat insiden itu, Singapura amat marah dan sedih dan bertambah sedih apabila Indonesia yang dilihat sengaja menyakitkan hati Singapura.
Menurut pakar Politik Singapura, Eric de Yaya, inilah akibat yang harus ditanggung oleh Indonesia apabila mereka menamakan kapal perang mereka sempena nama 'terrorist', mereka akan di unfriend di Facebook.
No comments:
Post a Comment