Pelakon dan pengacara, Qi Razali berkata, dia tidak kisah apabila melihat gambar-gambar aksi intim pelakon Sharnaaz Ahmad dan kekasihnya Nelydia Senrose yang berlakon dalam drama bersiri "Bukan Kerana Aku Tak Cinta", namun kapsyen-kapsyen romantis yang disertakan Sharnaaz itu secara tidak langsung timbul rasa bengang di dalam hatinya.
"Saya faham tujuan Sharnaaz untuk mempromosikan drama itu. Gambar-gambar itu tak salah dan saya tahu itu antara babak lakonan mereka.
"Tapi kapsyen-kapsyen pada gambar tu yang saya rasa tak patut ditulis sampai begitu sekali. Apapun, sekarang ini saya masih sedang cuba terima dan cuba untuk memahami situasi itu.
"Saya terkejut. Tambah-tambah bila ada kawan-kawan yang hantar gambar tersebut kepada saya. Pada masa itu saya pula sedang mengalami sakit belakang. Terus saya twit apa yang saya rasa pada ketika itu," katanya kepada sebuah portal hiburan tempatan.
Qi bagaimanapun berkata, dia sudah memohon maaf kepada aktor itu berikutan tindakannya yang terlalu mengikut perasaan.
Sementara itu, Qi kini sibuk dengan penggambaran sebagai pengacara untuk dua program travelogue iaitu "Destinasi Bajet Asia" dan "Art Attack" dan sebuah program masakan.
No comments:
Post a Comment