11 February 2014

Anwar Gagal Ketepikan Shafie Abdullah Sebagai Ketua Pendakwaraya


Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan Datuk Seri Muhamad Shafie Abdullah sebagai Ketua Pendakwaraya bagi pihak Rakyat (Kerajaan) dalam kes Rayuan Liwat beliau.

Ketua Hakim Malaya, Zulkefli Ahmad Makinuddin, yang mengetuai lima orang hakim lain, ternasuk Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Richard Malanjum, dan Hakim Mahkamah Persekutuan Suriyadi Halim Omar, Zaleha Zahari dan Jeffrey Tan Kok Wha.



Panel lima hakim memutuskan demikian atas alasan akuan berkanun (SD) bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur (JSJKL), Datuk Mat Zain Ibrahim adalah keterangan yang tidak dapat dibuktikan.

Ini merupakan cubaan kali kedua Anwar berusaha mengenepikan Shafie daripada mengetuai pasukan pendakwaraya bagi kes rayuan liwat ini.

Esok Mahkamah akan mendengar rayuan pihak Kerajaan dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dituduh meliwat Saiful Bukhari Azlan seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...