18 February 2014

@suraya_yaacob Salam Takziah - Suami Exco Kedah, Suraya Yaacob Meninggal Dunia



ALOR SETAR: Syed Alfandi Syed Mansor Barakbah, suami exco kerajaan negeri Kedah Datuk Suraya Yaacob, meninggal dunia akibat penyakit meningitis di Putra Medical Center (PMC) di sini, Selasa.



Beliau berusia 47 tahun.

Suraya, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani dan Pembangunan Usahawan negeri Kedah, dan anak sulungnya Syed Afiq berada di sisi Syed Alfandi ketika Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 1.50 petang Selasa.

Syed Afiq, 18, berkata bapanya yang juga ahli perniagaan, dimasukkan ke PMC kira-kira 12 tengah hari semalam selepas terjatuh di rumah mereka di Lorong Menteri di sini.

Sebelum ini, bapanya menerima rawatan di PMC selama 26 hari dan dibenarkan keluar tiga hari lepas, katanya kepada pemberita di sini.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Bukhary di sini, kira-kira 6 petang Selasa.

Selain Suraya dan Syed Afiq, Allahyarham turut meninggalkan anak lelaki berusia lapan tahun.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...