Percubaan Ketua Pembangang
(ehh silap Pembangkang) untuk mengetepikan Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Tan
Sri Muhammad Shafee Abdullah sekali lagi bertemu jalan buntu.
Mahkamah persekutuan yang dianggotai
oleh panel lima hakim semalam, dengan sebulat suara menolak permohonan Anwar
untuk mengetepikan Shafee dari mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan
kerajaan terhadap keputusan Liwat II.
Anwar ketika diminta mengulas
mengenai keputusan tersebut jelas tidak berpuas hati sambil menuduh Shafee
sebagai peguam Umno dan pernah melawannya secara berlebih-lebihan. Selain itu,
dia turut melemparkan pelbagai tuduhan kepada peguam kanan itu sebelum ini bagi
bertujuan untuk merosakkan kredibiliti dan imej Shafee.
Mengikut rekod, ini adalah
merupakan percubaan kedua Anwar untuk mengenepikan Shafie daripada dilantik
mengetuai pasukan pendakwa raya. Pada 20 Disember lalu,
Mahkamah Rayuan telah menolak permohonan pertama Anwar untuk mengetepikan
Shafee ketika menolak akuan berkanun Mat Zain.
Shafee ketika diminta mengulas
kenyataan Anwar itu, menafikan semua tuduhan liar tersebut. Menurutnya, beliau sudah lama mengenali ketua pembangkang itu dan pada satu ketika lebih
rapat berbanding tiga perdana menteri sebelum ini an tidak pernah bermusuh
dengan Anwar.
“Dia sudah jadi kawan rapat saya sejak Tingkatan Enam. Jika kamu tanya dia sama ada saya kenal dia, pada satu tahap saya lebih rapat dengan dia berbanding (Tun) Dr Mahathir (Mohamad), (Tun) Abdullah (Ahmad Badawi) dan Najib Abdul Razak, " jelas beliau.
Menurutnya, keputusan
Peguam Negara untuk melantiknya mengetuai pasukan pendakwaan
adalah selari dengan peruntukan yang ditetapkan dan tidak menyalahi undang-undang.
"Peguam
Negara mempunyai hak di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk melantik sesiapa
yang dikehendakinya sebagai DPP," katanya.
Walaupun
dituduh sebagai peguam Umno, Shafee menjelaskan beliau hanya bertindak secara
telus dan profesional bagi mewakili mana-mana pihak yang inginkan khidmatnya.
Beliau turut menjelaskan pernah mewakili parti Pas dan pihak yang menentang
kerajaan.
“Dulu
saya mewakili SPRM dalam kes Teoh Beng Hock. Saya menang kes itu…” tegasnya lagi.
Peguam Negara, Tan
Sri Abdul Gani Patail melantik Shafee sebagai DPP Julai lepas untuk mengetuai
permohonan kumpulan pendakwa bagi kes pembebasan Anwar daripada kes liwatnya.
Persoalannya ialah,
mengapakah Anwar begitu takut dengan kehadiran Shafee? Bukan sekali malah telah
berulang kali calon bagi kerusi Dun Kajang itu bermain sandiwara dan alasan
untuk menangguhkan perbicaraan. Kalau betul Anwar merasakan dia tidak bersalah,
mengapa perlu berdolak-dalih dan membazirkan wang yang banyak bagi menampung
kos perbicaraan ini?
Walau apa pun,
sama-samalah kita saksikan episod perbicaraan yang bakal berlangsung ini.
Apakah benar dakwaan yang mengatakan kejadian liwat ini merupakan konspirasi
atau sememangnya Anwar merupakan ‘makhluk dua alam’ yang diberikan kelebihan ‘berlakon’
untuk menipu rakyat.
Bak kata pepatah, ‘berani
kerana benar, takut kerana salah’.
No comments:
Post a Comment