12 February 2014

Video Terbaru : Rakaman Kemalangan Kereta Dihempap Lori


KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut apabila kereta yang dinaiki bersama sepupunya dihempap sebuah lori membawa muatan besi di Lebuh Raya Kuala Lumpur - Seremban berhampiran susur ke Bulatan Lumba Kuda di sini malam tadi.

Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, mangsa yang berasal dari Sabah itu mati tersepit di tempat duduk memandu dan sehingga pukul 12 tengah malam tadi, mayat mangsa itu belum dapat dikeluarkan.

Bagaimanapun, sepupu mangsa yang belum dikenal pasti identiti cedera parah dan sudah dapat dikeluarkan dari kereta yang remuk teruk pada pukul 11 malam.

Jurucakap itu memberitahu, difahamkan pemandu lori yang terlibat dalam kejadian itu menghilangkan diri sebaik kemalangan itu.

“Seluruh badan kereta tersebut dihempap lori itu dan pasukan bomba masih bertungkus-lumus mengeluarkan mayat pemandu kereta itu,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini malam tadi.

Ekoran kemalangan itu, kedua-dua hala lebuh raya itu mengalami kesesakan teruk.

Link Video : Suara TV
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...