13 February 2014

PM Ajak Rakyat Solat Hajat


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjemput umat Islam menyertai majlis solat hajat untuk kemakmuran dan keamanan negara di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, mulai 6 petang.



"Semoga usaha ini akan beroleh keberkatan dan keredaanNya, Insya-Allah," kata beliau dalam catatan terbaharu di laman Facebook.

Najib turut dijadual menghadiri majlis itu yang dianjurkan 1Malaysia For Youth dan masjid berkenaan.

Majlis akan dimulai dengan tazkirah serta ceramah, disusuli solat Maghrib, bacaan Yasin, solat Isyak dan solat hajat sebelum diakhiri dengan jamuan malam.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...