20 February 2014

Rakaman Video : Perusuh Thailand Ditembak Polis




Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh ketika pasukan keselamatan Thailand bertempur dengan penunjuk perasaan antikerajaan untuk merampas kembali bangunan kerajaan yang dikepung penunjuk perasaan, di sini hari ini.



Berpuluh-puluh orang turut cedera termasuk empat anggota polis dalam pertempuran itu, selain sejumlah penunjuk perasaan ditahan pihak berkuasa,

Sebaik-baik pasukan keselamatan yang dilengkapi cota dan kelengkapan perlindungan diri menggempur bangunan itu, bunyi tembakan dan letupan turut kedengaran di sebuah kawasan bersejarah di bandar ini yang terletak berdekatan kawasan pelancongan.

Pegawai polis, Leftenan Jeneral Prawut Thavornsiri berkata, seorang anggota polis dan tiga penunjuk perasaan disahkan terbunuh dalam pertempuran itu.

Sumber pusat perubatan melaporkan, seramai 64 orang cedera dalam pertempuran itu selepas penunjuk perasaan enggan mematuhi arahan polis agar meninggalkan kawasan pejabat Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra dalam tempoh sejam.

Sehari sebelum itu, penunjuk perasaan membina kubu pertahanan di hadapan pintu pagar bangunan berkenaan menggunakan guni pasir yang diisi simen.

Ketua Majlis Keselamatan Negara, Paradorn Pattanatabut berkata, kira-kira 100 penunjuk perasaan ditahan di beberapa lokasi berbeza di kompleks Kementerian Sumber Tenaga atas kesalahan melanggar perintah berkurung.

Ini merupakan kali pertama pihak berkuasa Thailand menangkap ramai penunjuk perasaan sejak bantahan antikerajaan yang diadakan secara besar-besaran tiga bulan lalu bagi mendesa Yingluck dan kepimpinannya berundur.

Kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan mahu Yingluck menyerahkan kuasa kepada kerajaan sementara yang dipilih oleh rakyat bagi mengatasi masalah rasuah dan penyalahgunaan wang rakyat sebelum pilihan raya diadakan. - AGENSI

Link Video : Suara TV

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...