03 February 2014

@twt_filem @Ahmad_Idham @@KhabirM @zulfo123 Pengarah Filem Ahmad Idham Bergaduh Besar


KUALA LUMPUR: Pengarah dan penerbit filem, Ahmad Idham mencetuskan kemarahan peminat filem tempatan di Twitter apabila membuat satu kenyataan yang dilihat menyinggung dan memperkecilkan peminat filem keseluruhannya.

Ahmad Idham antara lain membuat komen yang membawa maksud "kalau belum buat filem sendiri, jangan kritik filem orang lain."



Kenyataan Ahmad Idham itu bermula sebagai pergeseran pendapat antara beliau dengan kurator akaun Twitter @twt_filem Ashraff Mokhtar, seorang pelajar Diploma Komunikasi dan Pengajian Media di Universiti Teknologi Mara Cawangan Lendu, Melaka.

Pergeseran pendapat mereka bermula apabila Ashraff menulis mengenai satu forum yang dihadiri oleh Ahmad Idham di UiTM itu yang segera mendapat reaksi daripada Ahmad Idham.




 Tulisan Ashraff tu mendapat reaksi segera daripada Ahmad Idham.


Pertanyaan Ashraf itu kemudiannya mengundang respons daripada Ahmad Idham sehingga membawa kepada satu kenyataan yang disifatkan keterlaluan.


Kenyataan Ahmad Idham itu mendapat reaksi daripada peminat filem tempatan yang rata-ratanya merasakannya sebagai tidak wajar kerana sebagai penonton yang mengeluarkan wang untuk tiket di pawagam, mereka berhak untuk berkata sesuatu tentang filem yang mereka tonton.




Namun 'geram' Ahmad Idham terhadap kurator @twt-filem pada Khamis tidak berhenti setakat itu saja. Dia sebaliknya terus membangkitkan isu yang sama pada Jumaat.



Pengasas dan pengendali @twt_filem, Ajami yang dihubungi oleh Astro AWANI menjelaskan platform itu dibuka untuk membolehkan peminat dan penggiat filem berkongsi pandangan dan idea untuk memperkayakan pengalaman dan pengetahuan.

"Kebanyakan mereka yang pernah jadi kurator terdiri daripada pembikin filem muda, pengkritik serta penulis skrip yang berkongsi pengalaman mereka," katanya, dan menambah ini adalah kali pertama seorang siswa filem diberi peluang untuk memberikan pandangan daripada perspektif yang baru.

Antara yang pernah mengendalikan ruangan itu termasuk jurukamera Raja Mukriz Raja Ahmad Kamaruddin; pengarah KIL, Nik Amir Mustapha; penulis skrip Magika dan Hikayat Merong Mahawangsa, Amir Hafizi serta pengarah filem pendek Hujan Panas, Nadiah Hamzah

"Saya terbuka dan mahu Ahmad Idham jadi kurator untuk dua minggu sama seperti mereka yang lain, jika dia sudi," kata Ajami yang membuat jemputan itu secara terbuka melalui Twitter.


Ahmad Idham tidak memberi maklum balas kepada jemputan itu.

Tidak lama kemudian, seorang pengguna Twitter yang tentunya mengikuti perbalahan itu sejak awal kemudiannya pulang paku buah keras kepada Ahmad Idham selepas pengarah filem itu merungut mengenai mutu perkhidmatan sebuah restoran makanan segera.




Ahmad Idham adalah pengarah filem seperti Remp-It, Jangan Pandang Belakang, Congkak dan Jangan Pandang Belakang Congkak serta Adnan Sempit.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...