11 September 2013

Ketua Wanita : Azalina Sah Tarik Diri @azalina @ShahrizatJalil




Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said (gambar) mengesahkan menarik diri daripada bertanding merebut jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO bagi mengelakkan perpecahan dalam parti.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagaian Pengerang berkata, walaupun berat untuk menarik diri, namun demi perpaduan dan keutuhan parti keramat Melayu itu, beliau sanggup membuat keputusan tersebut.

"Saya tak mahu bibit-bibit perpecahan berlaku khususnya dalam Wanita UMNO yang merupakan tunjung kepada UMNO. Berikutan itu, saya buat keputusan untuk tidak bertanding jawatan Ketua Wanita, tetapi akan mempertahankan jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan parti bulan depan.

"Saya yakin walaupun tidak bertanding jawatan Ketua Wanita, masih ada ruang dan peluang untuk membantu memantapkan parti menerusi jawatan MT," katanya.

Dengan penarikan diri bekas Ketua Puteri UMNO itu, kini jawatan Ketua Wanita UMNO dijangka dikekalkan oleh penyandangnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tanpa pertandingan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...