Tidak
dinafikan nama Nabila Huda penuh dengan kontroversi. Sebut sahaja nama Nabila
Huda, pasti terbayang seorang wanita yang imejnya seksi, sering bertukar
kekasih dan tidak peduli dengan kata-kata orang. Terlibat dengan kemalangan
semalam, ramai yang menyatakan ia satu petunjuk daripada Allah kepada Nabila.
Malah
ayah kepada Nabila Huda, Amy Search turut sama mengeluarkan pendapat yang
serupa. Malah Amy menyokong kata-kata bekas suami Nabila Huda mengenai membawa
cucunya ke tempat kerja.
Kalau saya berada di pihak Eddie, saya tidak mahu membawa anak saya pergi ke tempat kerja. Namun, benda sudah jadi. Lagipun saya tidak tahu menahu sama ada Nabila pernah bawa Keisha ke kerja sebelum ini atau pun tidak.Tapi, kalau dia bawa pergi melancong itu memang ada.. Dengan apa yang terjadi sekarang ini, Nabila kena ambil tahu segala macam perkara. Bagi saya, ini adalah petunjuk kecil dari Allah untuk Nabila.
Setiap
perkara yang terjadi, pasti ada hikmahnya. Malah ada pengajaran buat kita
semua. Mungkin kemalangan ini akan menjadi titik tolak kepada Nabila untuk
menjadi seorang ibu dan insan yang lebih baik. Siapa tahu kan? Malang memang
tidak berbau. Sama-samalah kita lebih berhati-hati ketika memandu terutamanya
ketika bersama anak tersayang.
No comments:
Post a Comment