Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Nor
menghargai dan menghormati keputusan dibuat oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian
Kota Raja, Kamal Ariffin Kainin yang memberi laluan kepadanya untuk memegang
jawatan itu atas nama perjuangan.
Ujar Ezam, beliau akan mengambil serius
pelawaan tersebut memandangkan perjuangan memartabatkan UMNO sinonim dengan
perjuangan memartabat maruah agama dan bangsa.
''Perkara tersebut merupakan satu amanah
serta tanggungjawab dan bukannya satu pilihan dalam saya menggalas perjuangan
membela agama dan bangsa menerusi UMNO. Oleh itu, sekembalinya saya dari luar
negara Sabtu ini, saya akan bertemu Kamal Ariffin sendiri, Ketua UMNO Bahagian,
Kamarulzaman Johari serta tokoh dan pimpinan UMNO Kota Raja seperti Datuk Amzah
Umar,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ezam berkata, tujuannya berbuat demikian
adalah untuk mendapatkan pandangan mereka sebelum keputusan akhir dibuat.
''Walau apa pun sikap dan keputusan yang
diambil oleh Kamal Ariffin ini menunjukkan beliau seorang yang berjiwa besar.
''Itu juga memberi petanda positif berlakunya
arus kebangkitan UMNO khususnya di Selangor. Saya juga percaya UMNO Selangor
akan semakin mantap selepas selesainya proses pemilihan parti kali ini,''
katanya.
No comments:
Post a Comment