Ahli Parlimen
Pengerang yang juga bekas Ketua Puteri Umno, Azalina Othman Said khabarnya akan
menarik diri daripada bertanding jawatan ketua wanita Umno Malaysia. Azalina,
yang sebelum ini menyatakan hasratnya secara terbuka untuk menentang penyandang
jawatan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebaliknya mungkin akan hanya
bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi.
Sehubungan dengan itu,
Azalina dijangka membuat satu kenyataan penting berhubung keputusan muktamadnya
pada 20 September ini.
Tarikh pendaftaran
untuk bertanding jawatan dalam Pemuda, Wanita dan Puteri dijadualkan
berlangsung pada 21 September.
Sejak mengumumkan
hasratnya untuk bertanding, Azalina dijangkakan bakal berhadapan dengan cabaran
besar untuk menang apabila majoriti kepimpinan sayap parti itu tampil untuk menyatakan
sokongan terbuka terhadap Shahrizat.
Dia juga turut menjadi
mangsa kritikan dan sasaran sesetengah pihak khususnya di kalangan wanita
sendiri yang menganggapnya tidak sesuai bertanding jawatan ketua wanita kerana
belum pernah berumah tangga.
Misalnya pada Majlis
Rumah Terbuka Wanita Umno Kedah baru-baru ini, Ketua Wanita Umno Negeri, Datuk
Maznah Hamid dalam ucapannya menegaskan wanita sentiasa boleh merujuk kepada
Shahrizat jika mereka berhadapan dengan masalah keluarga kerana beliau sudah
berumahtangga dan juga seorang ibu.
“Wanita (Umno) itu
adalah seorang ibu, isteri dan anak perempuan. Sesiapa sahaja yang hendak
mengetuai pergerakan ini mestilah terlebih dahulu memiliki semua itu,” katanya.
Artikel berkaitan
No comments:
Post a Comment