13 September 2013

Sedihnya!!! Fouziah Gous Bakal Berkahwin @fouziahgous




Selepas mengikat tali pertunangan selama tiga bulan dengan Md Zhafran Md Yusof, pelakon cantik, Fouziah Gous akhirnya bakal menamatkan zaman bujang dengan ahli perniagaan itu pada 21 September ini.

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Fouziah ketika sidang media khas pengumuman tarikh pernikahan dan persandingan mereka di Nas Great Idea, Seri Kembangan, sebentar tadi.

Fouziah dan pasangannya bakal diijabkabulkan di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam, pada jam 8 malam.

Pada sidang media yang turut dihadiri tunangnya itu, Fouziah turut mengumumkan tarikh persandingan mereka yang bakal berlangsung pada 29 September 2013 di Hotel Marriott Putrajaya. Manakala majlis sebelah pihak lelaki pula akan diadakan pada 5 Oktober hadapan di kediaman keluarga Zhafran di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Pelakon drama 'Alam Maya' ini mengikat tali pertunangan dengan rakan perniagaannya itu di Asmara Penchala, Damansara, pada 1 Jun lalu selepas berkenalan selama setahun.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...