10 September 2013

Pas Penyebar Utama Syiah Di Malaysia @PASPusat @DPPMalaysia




Penganut Syiah tidak dibenarkan menjadi ahli Pas kerana ajaran itu bercanggah dengan perlembagaan parti yang hanya mengiktiraf akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Naib Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, kepemimpinan ulama Pas bersikap tegas menolak pengaruh Syiah di dalam parti.

Menurut beliau, ‘pengaruh Iran’ memang wujud di dalam Pas, namun fenomena itu tiada kaitan dengan ajaran Syiah. Pengaruh itu timbul ekoran kekaguman terhadap kejayaan Revolusi Iran menumbangkan sistem monarki di bawah pimpinan Ayatollah Khomeini," katanya

Mahfodz mengulas kenyataan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad dalam Seminar Mendepani Virus Syiah di sini semalam, yang mendakwa Pas menjadi penyebar utama ajaran Syiah di negara ini sejak 1970-an selepas kejayaan Revolusi Iran.

Tambah Nakhaie, terdapat ahli-ahli Pas menghantar anak-anak mereka menuntut di Qom, Iran sekitar awal 1980-an dan mereka seterusnya membawa pulang ajaran Syiah ke tanah air.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...