Sekalipun mungkin
mereka berkrisis, rata-rata masyarakat menganggap perbuatan Farid Kamil
menghalang ibu mertuanya, Norsiah Ramli melawat isterinya, Diana Danielle
selepas melahirkan anak mereka yang dikenali sebagai Muhammad sebagai satu
tindakan yang kurang wajar.
Dilihat kejam dan
tidak rasional, ramai menganggap sebagai menantu, Farid sepatutnya menghormati
Norsiah. Lebih-lebih lagi kerana Diana amat rapat dengan ibunya sebelum mereka
mendirikan rumahtangga.
Pun begitu, Farid
pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia mahu menjernihkan hubungan dengan ibu
mertuanya itu. Hal itu termasuk melupakan segala kenyataan-kenyataan bersifat
amarah yang pernah dikeluarkannya (menyentuh isu tentang Norsiah) di laman
sosial Twitter.
Sejauh mana usaha
Farid?
"Saya berusaha
untuk berbaik dengan ibu mertua. Takkanlah saya nak halang mereka bertemu.
Lagipun dia ibu mertua saya. Saya tahu ramai yang tanya bila Diana dan ibunya
akan bertemu.
"Saya akan
aturkan sempena penganjuran majlis akikah anak saya nanti. Setakat ini tak ada
tarikh lagi. Ini kerana pihak Astro dan MIG sedang mengaturkan persiapan majlis
itu dan akan disiarkan secara eksklusif untuk tatapan umum. Di majlis itu
nanti, saya akan jemput keluarga terdekat untuk hadir termasuk ibu mertua saya.
Kira macam majlis jejak kasih jugalah," katanya.
Dalam pada itu
menyentuh nama anak sulungnya kata Farid, dia tidak kisah jika ramai yang
mempersoalkan tindakannya berahsia mengenai perkara tersebut. Ini kerana kata
Farid, dia punya alasan sendiri mengapa keputusan itu dibuat.
"Orang selalu
bertanya, apakah hadiah yang paling besar dalam hidup? Jawapannya, kejutan!
Biarlah menjadi satu kejutan. Buat masa sekarang, semua orang tahu nama anak
saya adalah Muhammad. Tapi Muhammad itu cuma nama pangkalnya saja.
"Yang selebihnya
saya akan dedahkan pada majlis akikah itu nanti," katanya yang sengaja
mengawalkan majlis akikah berbanding majlis cukur jambul yang sering menjadi
amalan masyarakat kita.
No comments:
Post a Comment