29 September 2013

Pembangkang Wajar Sokong Pindaan PCA #azeezrahim4MT @azeezputera




Dalam mencari jalan penyelesaian bagi menangani isu jenayah yang semakin membimbangkan, pembangkang diminta supaya menyokong pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang bakal dibentangkan untuk bacaan kali kedua minggu hadapan.

Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pembangkang seharusnya mengenepikan perbezaan politik demi kesejahteraan rakyat yang khuatir dengan dengan peningkatan kadar jenayah mutakhir ini.


“Dan yang paling penting ketika pembentangan (kali ke-2) dan perbahasan rang undang-undang Akta Pencegahan Jenayah pada minggu  hadapan, semua yang berada di blok pembangkang bangkit untuk menyatakan sokongan.

“Jangan nanti ada pula yang tidak bersetuju dengan rang undang-undang tersebut demi kerana kepentingan politik,” kata beliau ketika ditemui di Parlimen semalam.

Ketika diminta memberi respon berhubung cadangan supaya kerajaan mengadakan kerjasama dengan pihak pembangkang bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu jenayah yang semakin meningkat, beliau berkata ia adalah merupakan satu idea yang baik.

“Namun kadangkala sesuatu idea perlu disusuli dengan niat yang ikhlas.

“Ini kerana mengikut pemerhatian saya, mereka ini hanya bijak mengambil kesempatan dalam mewujudkan sentimen kebencian rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional amnya dan UMNO secara khususnya,” kata beliau.

Tambah beliau sekiranya diperhatikan dengan teliti, tidak ada satupun usaha-usaha kerajaan untuk membantu rakyat yang diterima oleh pembangkang.

Malah, amat mengecewakan apabila pemimpin pembangkang tergamak membuat kenyataan kononnya semua yang berlaku ini adalah merupakan satu sandiwara kerajaan, kata beliau kesal berhubung isu tragedi berdarah pencerobohan Lahad Datu.

“Saya tidak berhasrat untuk mempertikaikan niat mereka, namun sekiranya kita lihat dari tindakan dan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, ia amat bertentangan dengan saranan dan hasrat yang dikemukan kepimpinan pembangkang.

“Ketika berlakunya peningkatan jenayah bunuh tembak dan kongsi gelap ada dikalangan pimpinan pakatan pembangkang dilihat cuba memberi tekanan kepada kerajaan agar bertindak.

“Namun apabila tindakan diambil terhadap penjenayah, mereka sekali lagi tampil mempertikaikan dan menyalahkan polis terhadap tindakan yang diambil.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...