Keadaan kewangan
Malaysia merupakan antara yang paling kukuh di dunia pada hari ini kerana
pengurusan sistem kewangannya yang berhemat, kata pakar pelaburan terkemuka,
Dr. Marc Faber.
"Tidak seperti
bank-bank AS, bank Malaysia teguh dan mereka tidak terlibat dalam derivatif
atau pertaruhan," katanya pada sidang akhbar selepas membuat pembentangan
bertajuk "Investment Strategy - Where's the Money?" di sini, hari
ini.
Faber, penerbit
laporan popular Gloom, Boom & Doom berkata, meskipun prospek negatif oleh Fitch
Ratings ke atas Malaysia baru-baru ini, negara ini berkedudukan lebih baik
berbanding negara-negara sedang pesat membangun lain.
Apabila diberikan
pilihan antara ekuiti AS dan Malaysia, Faber menyatakan ia lebih berminat pada
ekuiti Malaysia.
No comments:
Post a Comment