14 September 2013

Gambar : Teknik Hebat Untuk MENIPU Minda




Sekarang ini memang ramai pelukis yang boleh menghasilkan lukisan 3D yang benar-benar menarik hanya dengan menggunakan pensel dan kertas tapi saya rasa lukisan 3D yang dihasilkan oleh Alessandro Diddi ini antara paling menakjubkan pernah saya lihat setakat ini. Menurut beliau, lukisan yang hanya menggunakan pensel dan kertas ini dihasilkan dengan 'teknik permainan minda'.


Beliau berhasrat untuk menghasilkan lukisan yang mampu menunjukkan bahawa mata manusia boleh menipu minda dengan mempercayai terdapatnya dimensi yang sebenarnya tiada. Tambah beliau, lukisan sebegini tidaklah begitu sukar untuk dihasilkan apabila teknik tersebut berjaya dikuasai.

Mungkin mudah bagi seorang pelukis berbakat seperti beliau, tapi bagi kebanyakan dari kita mungkin sudah menganggap ini adalah satu masterpiece. Beberapa minit saya tenung satu-persatu untuk melihat bagaimana lukisan ini dihasilkan untuk menghasilkan effect yang sebegini tapi tak dapat-dapat juga, mind blown, haha. Mungkin lebih menarik jika disediakan gambar dari perspektif yang berbeza untuk melihatnya dari perspektif 2D.


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...