Seorang lelaki warga
emas ditemui mati dipercayai akibat serangan jantung selepas mengadakan hubungan
seks dengan seorang wanita yang baru dikenalinya di sebuah hotel bajet di Jalan
Meriam di Muar, semalam.
Lelaki berusia 66
tahun itu yang juga seorang pekebun dikatakan tidak sedarkan diri di bilik di
hotel bajet terbabit pada kira-kira jam 10.20 pagi. Sumber memberitahu, mangsa
sebelum ini kerap mengunjungi hotel bajet itu untuk tujuan sama.
Katanya, sekitar jam
10 pagi, warga emas itu dilihat memasuki sebuah bilik di situ untuk bertemu
seorang wanita.
“Bagaimanapun,
kira-kira 20 minit kemudian, warga emas itu pengsan sebaik selesai mengadakan
hubungan seks dengan wanita terbabit. Wanita terbabit yang panik segera
memaklumkan majikannya yang kemudiannya menghubungi ambulans untuk bantuan
kecemasan,” katanya.
Mangsa bagaimanapun
disahkan sudah meninggal dunia ketika diperiksa kakitangan perubatan. Difahamkan,
lelaki itu yang berasal dari Kampung Baru Estet Kim Kee, Bukit Pasir, dekat
sini, itu masih bujang dan tinggal sendirian.
Timbalan Ketua Polis
Daerah Muar Superintendan Sahadan Jaafar ketika dihubungi mengesahkan pihaknya
menerima laporan kejadian terbabit.
“Mangsa disahkan mati
di hotel berkenaan dan mayatnya dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah
(HPSF) Muar untuk bedah siasat. Siasatan awal di lokasi kejadian tidak menemui
sebarang unsur jenayah. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
No comments:
Post a Comment