30 January 2014

Pencuri Kabel Takut Bini Menangis

SUSPEK yang ditahan bersama rakan menangis di pekarangan mahkamah, semalam.


Segamat: Seorang lelaki berusia 45 tahun yang mencuri barangan logam milik sebuah syarikat telekomunikasi menangis di pekarangan Mahkamah Seksyen, di sini, semalam kerana bimbang perbuatannya diketahui isterinya.

Difahamkan, suspek juga menangis kerana tidak tahu apa alasan yang perlu diberi kepada isterinya yang berusia 40-an memandangkan dia akan bermalam di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat bagi membantu siasatan kes terbabit.



ANGGOTA polis menunjukkan barang yang dirampas daripada kedua-dua suspek.

Suspek ditemui di pekarangan mahkamah berkenaan sementara menunggu perintah tahanan reman terhadapnya serta seorang rakan jenayahnya.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, suspek ditahan bersama seorang rakannya berusia 32 tahun berhampiran menara pencawang milik sebuah syarikat telekomunikasi di sekitar FELDA Kemelah di sini, oleh juruteknik syarikat itu pada jam 11 malam kelmarin.

“Juruteknik berkenaan mahu menyiapkan tugasannya dan pergi ke lokasi berkenaan sebelum nampak dua lelaki membawa beg berhampiran menara pencawang terbabit.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...