30 January 2014

@chegubard Didakwa Anjur Perhimpunan Haram TURUN


29 JAN: Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard bersama dua orang lagi didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Rabu, atas pertuduhan menganjurkan perhimpunan membantah kenaikan harga barang dan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) pada malam sambutan ambang Tahun Baru 2014.

Selain Badrul Hisham, 36, dua tertuduh lagi ialah Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohamed Bukhairy Mohamed Sofian, 24, dan Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Nor Reduan, 33.



Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard dikerumuni pemberita di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada Rabu.

Kesemua mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sebagai penganjur program yang dikenali sebagai itu dan gagal memberitahu Ketua Polis Daerah Dang Wangi mengenai program itu dalam tempoh masa ditetapkan dalam Akta Perhimpunan Aman 2011, iaitu 10 hari sebelum tarikh perhimpunan diadakan.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Dataran Merdeka, di ibu negara antara jam 9 malam 31 Disember 2013 hingga jam 1 pagi keesokan harinya.

Kesemua mereka dibebaskan dengan bon peribadi RM5,000 tanpa cagaran setiap seorang.

Mahkamah menetapkan 27 Febuari depan sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.

Perhimpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) pada malam 31 Disember lalu itu mencetuskan kontroversi kerana turut dikaitkan dengan ura-ura hendak menggulingkan kerajaan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...