24 January 2014

Kerana Projek, Dia Sanggup Jual Isteri



Sanggup penggiat seni ini ‘menjual’ isterinya sendiri untuk mendapatkan projek.

Dia sanggup membiarkan isterinya berada di ribaan lelaki lain dan bertambah malang nasib si isteri kerana dia tak berani nak membantah. Sama ada si isteri dah kena ‘mandrem’ ataupun dia memang sangat patuh kepada perintah suaminya.



Itulah cerita yang SS dengar, tak mahu percaya pun tak boleh kerana dalam dunia sekarang tiada yang mustahil. Kes ibu bapa jual anak pun sudah ada demi mendapatkan wang.

Banyak sekali SS de-ngar cerita buruk mengenai penggiat seni ini, pasti pembaca nak tahu siapakah dia, tetapi biarlah SS saja yang tahu siapa orangnya.


SS coretkan kisah ini agar menjadi teladan kepada semua, isteri adalah amanah yang Allah SWT berikan kepada si suami dan bukan barang yang boleh dijual beli serta diletak ke tepi apabila dah tak suka.


Khabarnya bukan setakat itu saja, kru dan pelakon yang bekerja dengan penggiat seni ini pun selalu tertekan kerana dia bukan seorang yang mesra.

Kalau ada yang tidak kena, habis dihamunnya dan jika dia tiba-tiba muncul di set peng-gambaran drama terbitannya, pelakon serta kru tak kuasa nak melayannya.

Suasana yang pada asalnya riang dan ceria, terus menjadi senyap dan muram setibanya penggiat seni ini di lokasi.

Semua tak sabar nak siapkan drama itu kerana di set dah macam di tanah perkuburan apabila penggiat seni itu ada.

Dengan wajah yang masam mencuka ia memberi aura yang tidak baik kepada semua orang. Malah, dia juga tidak segan silu menghamun isterinya di depan orang ramai.

SS: Benci dengan orang yang cakap tak serupa bikin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...