25 January 2014

@abdulhadiawang @nikabdulaziz @DPPMalaysia Lebih 5,000 hadir majlis pengebumian Harun Taib



KUALA TERENGGANU 25 Jan. - Lebih 5,000 orang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang meninggal dunia kira-kira pukul 12.17 tengah malam tadi.


Selain Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; barisan kepemimpinan Pas negeri dan kawasan, hadir meluangkan masa menziarahi arwah ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Jenazah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir itu disolatkan di Markas Tarbiyyah Pas Kubang Lembek, Manir tepat pukul 10 pagi tadi sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Alor Lerang yang terletak kira-kira satu kilometer dari situ untuk disemadikan.

Pemimpin Pas itu meninggal dunia akibat penyakit 'sepsis secondary to peripheral vascular' sehingga menyebabkan kegagalan pelbagai organ dalaman badan berfungsi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...